REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 16 Mei 2013

Piket NUBE Di Maybank Wakaf Siku


PIKET NUBE DI MAYBANK WAKAF SIKU

KOTA BHARU, KELANTAN: MENYEDARI tuntutan pihak Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) yang tidak diendahkan oleh ketiga-tiga bank terlibat umpamanya CIMB Bank, Maybank dan Bank Muamalat, sekali lagi melalui NUBE Cawangan Kelantan mengadakan piket sebagaimana yang pernah diadakan di CIMB Bank, Jalan Kebun Sultan beberapa bulan yang lalu.

Piket kali ini yang diadakan di perkarangan Maybank Wakaf Siku juga dianggap rentetan dari "Piket Daulat 6413" yang pernah diadakan secara besar-besaran di Kuala Lumpur pada 6 April, 2013 yang lalu. Berkemungkinan juga piket seumpama ini akan diadakan secara lebih kerap sekiranya pihak Bank terbabit masih dengan sikap membisu mereka.

Menurut Setiausaha NUBE Cawangan Kelantan merangkap Naib Presiden NUBE Ibu Pejabat, Bro. Oui Ban Hong berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota-anggota NUBE yang hadir dalam piket kali ini meliputi beberapa buah bank di Kota Bharu dalam usaha memberikan sokongan terutamanya terhadap Perjanjian Bersama (C.A).

"Piket seumpama ini turut dilakukan di 33 buah tempat di seluruh negara di mana di Kelantan dilaksanakan pada hari Khamis dan di luar Kelantan pula pada hari Jumaat", katanya ketika menyampaikan ucapan penutup setelah berakhirnya piket terbabit yang diadakan di Maybank Wakaf Siku pada 16 Mei, 2013 semalam.

Menurut Bro. Oui, kakitangan Bank terbabit tidak perlu berasa bimbang jika menerima sebarang ugutan jika memilih untuk memakai pakaian khusus "Piket Daulat 6413" kerana tiada peraturan yang boleh mendakwa mereka, malah beliau berharap supaya anggota-anggota NUBE terus menghubungi beliau jika menghadapi sebarang masalah.

Katanya menambah, anggota-anggota NUBE yang tidak hadir dalam setiap piket yang diadakan oleh pihak NUBE, mereka patut malu dengan diri mereka sendiri kerana tidak mengambil inisiatif terhadap perjuangan NUBE dan anggota-anggota NUBE yang lain.

Bro. Oui Ban Hong ketika memberikan ucapan semangat kepada anggota-anggota NUBE yang hadir.




Di antara anggota-anggota NUBE yang berpiket di Maybank Wakaf Siku pada 16.5.2013.

 - Video tentang piket ini boleh ditonton di YOU TUBE, taip Azmi Mohd. Salleh dan Search -

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH