REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 21 Jun 2013

Majlis Israk Mikraj


MAJLIS ISRAK MIKRAJ

KOTA BHARU, KELANTAN:  Majlis Memperingati Peristiwa Israk Mikraj telah diadakan di Masjid Mukim Lundang dekat sini pada 21.6.2013. Program yang diadakan selepas solat Maghrib hingga Isyak ini adalah anjuran Masjid Lundang dengan kerjasama Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lundang. Penceramahnya ialah Al-Fadhil Al-Ustaz Mohammad Mustapa.

Ustaz Mohammad Mustapa sedang menyampaikan ceramahnya.



Sebahagian jemaah yang hadir di majlis berkenaan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 16 Jun 2013

Bangunan KB Mall Retak?


BANGUNAN KB MALL RETAK?

KOTA BHARU, KELANTAN:  BENARKAH bangunan KB Mall retak? Mungkin pengunjung yang selama ini sering datang ke bangunan itu tidak pernah perasan jika tidak mendongak ke bahagian atas bangunan tersebut.

Dalam keadaan sekarang, bangunan KB Mall dalam proses menjalankan kerja-kerja penambah baikan di bahagian atas bangunan tersebut. Disebabkan hentakan kasar dan berat yang berpunca dari kerja-kerja yang masih diteruskan itu menjadikan bangunan berkenaan hilang daya tahannya, akibatnya terdapat jalur retakan yang jelas kelihatan. Jika tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, bimbang sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

Beberapa tahun yang lalu, bangunan berkenaan mendapat perhatian umum apabila kejadian kemalangan melibatkan kenderaan yang diparkir di bahagian atas bangunan berkenaan. Bimbangkan kejadian yang seterusnya yang dikatakan "malang tidak berbau" adalah sepatutnya pihak pengurusan premis tersebut membuat pemeriksaan rapi.

Jalur retak amat jelas di bahagian atas premis KB Mall.

Kerja-kerja pengubahsuaian dan penambah baikan masih diteruskan di bahagian atas premis itu.

Foto ini dirakam di Wakaf Siku, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan pada 16.6.2013.

 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH