REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 21 Februari 2014

Zon Sita Motosikal


ZON SITA MOTOSIKAL

KOTA BHARU, KELANTAN: MUNGKIN ada di kalangan penunggang motosikal yang tidak mengetahui, terdapat undang-undang dan peraturan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 bahawa meletakkan motosikal selain dalam petak yang dikhaskan adalah melakukan kesalahan.

Dengan demikian, kepada pemilik motosikal terbabit dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan masing-masing di tempat yang dikhaskan. Namun, turut diminta juga kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya memperbanyakkan tempat-tempat parkir kenderaan dua roda itu di kawasan yang selamat dan bebas dari ancaman pencuri yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan tempat parkir yang terlindung dari pandangan umum.




Untuk melihat video Zon Sita Motosikal ini, sila akses di You Tube:
www.youtube.com/azmi mohd salleh


Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 8 Februari 2014

Tabiat Buang Sampah


TABIAT BUANG SAMPAH

BACHOK, KELANTAN: PANTAI IRAMA yang terletak dalam daerah Bachok, Kelantan kini semakin tersohor di kalangan pengunjung. Rata-ratanya mereka menjadikan pantai berkenaan sebagai destinasi santai-santai terutamanya sewaktu cuti hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti umum.

Disebabkan begitu ramai di kalangan pengunjung bertandang ke Pantai Irama, penjaja makanan juga turut mengambil peluang berkenaan sama ada menjaja makanan dan minuman sebagai salah satu alternatif mencari rezeki murah di atas kehadiran pengunjung yang begitu ramai ke pantai ini. Banyak bekas makanan dan minuman digunakan seperti gelas dan plastik bungkusan.

Rasanya tidak ada papan tanda mahupun tong sampah diwujudkan di pantai ini supaya setiap pengunjung membuang sampah ke dalam tong sampah. Melihatkan lautan sampah dari plastik minuman dan makanan yang berlambak dan bertaburan di Pantai Irama ini menunjukkan pengunjung ke pantai berkenaan memang tidak berhemah dan tidak berdisiplin. Kita dengan mudah mencampakkan dan melonggokkan sampah ke merata-rata tempat sesuka hati kerana itulah tabiat dan hati kita yang tidak bertamadun. Kalau kita bertamadun, kita tidak akan membuang sampah sebegitu banyak ke pantai tersebut.

Palstik seumpama ini tidak akan lupus dalam masa yang singkat, sekurang-kurangnya dalam usia 500 hingga tahun 1,000 tahun usia plastik baharulah akan hancur dimamah bumi. Begitulah sifat plastik.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan terbabit perlu cakna dalam hal ini supaya kedatangan pelancong asing tidak melabelkan penganut Islam di Kelantan pengotor dan tidak beriman.



Beginilah keadaan sampah yang dibuang sesuka hati seperti tong sampah di Pantai Irama.

Foto ini dirakam di Pantai Irama, Bachok, Kelantan pada 8.2.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Salah Ejaan


SALAH EJAAN

PULAU PINANG: TANPA disedari, terdapat beberapa ejaan khususnya yang ditulis dalam Bahasa Melayu didapati disalah eja. Salah satu perkataan yang sepatutnya dieja "Kenderaan" di sebuah premis kondominium di Pulau Pinang didapati dieja "Kednderaan".


Foto ini dirakam di Jalan Batu Uban, Pulau Pinang.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 

Konsep Binaan Bangunan


KONSEP BINAAN BANGUNAN

PULAU PINANG: KONSEP binaan dalam setiap bangunan boleh dijimatkan jika beberapa ruangan yang akan dibina itu dikecilkan. Ini kerana, terdapat beberapa ruangan luar bangunan yang dibina itu terlalu lebar sehinggakan ruangan untuk dalamnya agak terlalu sempit. Misalnya ruangan laluan boleh dikecilkan berbanding di dalam bangunan supaya kelihatannya agak tidak padat. Di samping bahagian berandanya juga boleh dikecilkan supaya kelihatan mantap dan dianggap tidak membazir.

 
Pembaziran ruangan luar sehinggakan ruangan tempat duduk menjadi sempit dan padat.

Foto dirakam di Jalan Batu Uban, Pulau Pinang pada 6.2.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH