NASIB AIR TERJUN JERAM PASU
PASIR PUTEH, KELANTAN: MUNGKIN umum tidak mengetahui berita tentang Air Terjun Jeram Pasu yang terletak di Kampung Padang Pak Amat dekat sini dilarang daripada memasuki jeram terbabit akhir tahun lalu (2013) disebabkan jeram berkenaan diserang wabak "kencing tikus". Air Terjun Jeram Pasu yang sedikit masa dulu begitu terbiar dan tidak dikenali, namun selepas itu jeram berkenaan menerima pengunjung yang paling ramai berbanding lain-lain air terjun di negeri ini.
Akibat serangan kencing
tikus di beberapa kawasan Air Terjun Jeram Pasu ini, menyebabkan
beberapa buah restoran dan gerai makanan terpaksa menutup operasi perniagaan
mereka kerana pengunjung "dilarang" memasuki kawasan tersebut.
Air Terjun Jeram Pasu menerima tamparan hebat bukan
sahaja diserang wabak kencing tikus, namun beberapa masalah yang berlaku di
jeram terbabit apabila airnya yang semakin cetek malah kini semakin
ketiadaan air atau air semakin kering.
Kelihatan beberapa bongkah batu yang dulunya dialiri air jeram sehingga
ke bahagian bawah, kini air yang mengalir di kawasan tersebut semakin kering kontang.
Di samping itu, sesuatu yang agak tidak
menarik lagi di kawasan Air Terjun Jeram Pasu apabila didapati daun-daun yang
gugur di kawasan air yang cetek, daun-daun berkenaan kelihatannya
seperti sampah. Ketika air jeram berkenaan masih mengalir
laju pada dekad yang lalu, tidak timbul daun yang terperangkap di
kawasan bongkah batu dan sebagainya. Malahan sesuatu yang perlu
diberikan perhatian terdapat di beberapa kawasan di tingkat satu jeram
ini didapati airnya yang bertakung di celah-celah batu, airnya kelihatan
hitam dan kotor. Dibimbangi, air yang bertakung dan tidak mengalir ini
akan menjadi penyebab nyamuk aedes membuat sarang dan membiak.
Dalam hubungan ini, Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) serta
Jabatan Kesihatan Daerah Pasir Puteh diminta membuat pemantauan bukan
sahaja membuat pemeriksaan di bahagian bawah jeram ini tetapi perlu juga
melihatnya di kawasan atas Air Terjun Jeram Pasu secara lebih menyeluruh.
Suasana terkini Jeram Pasu: Daun yang gugur seperti terbiar dan tidak diberikan perhatian.
Papan tanda "Amaran Risiko Kesihatan".
Kemudahan restoran dan gerai makanan terpaksa ditutup akibat kencing tikus kerana ketiadaan pengunjung.
Air semakin berkurangan, kering dan cetek.
Sampah dari daun-daun gugur terperangkap di kawasan rendah akibat air yang bergerak perlahan.
Air bertakung, kelihatannya hitam dan kotor.
Foto ini dirakam di Air Terjun Jeram Pasu, Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan pada 22.3.2014.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH