REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 19 September 2014

Restoran Bukan Restoren


RESTORAN BUKAN RESTOREN

KUALA TERENGGANU: "Restoran" menurut Kamus Dewan DBP (Jilid 3) merujuk kepada "kedai makan". Tetapi bagaimana kalau kedai makan itu sepatutnya dieja "restoran" tetapi pengusaha kedai makan berkenaan menulisnya "restoren"?

Adakah ejaan restoren boleh dirujuk kepada kedai makan? Ini kerana, ejaan berkenaan tidak wujud dalam Kamus Dewan, mungkin boleh diterbalikkan ejaan restoren itu kepada "makan kedai".

Pihak pengusaha kedai makan terutamanya kedai makan Melayu sepatutnya berhati-hati menulis ejaan tersebut. Jika tidak tahu, bertanyalah kepada pihak yang lebih tahu, jika malu sila rujuk kepada Kamus Dewan. Jika anda orang Melayu sendiri tidak tahu dan tidak dapat menguasai bahasa Melayu, di manakah selayaknya anda tinggal?


Foto ini dirakam di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu pada 14.9.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 6 September 2014

Forum Remaja dan Kemerdekaan


FORUM REMAJA DAN KEMERDEKAAN

KOTA BHARU, KELANTAN: Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan telah menganjurkan "Forum Remaja dan Kemerdekaan" dengan menampilkan Ustaz Haslin (Bollywood), manakala moderatornya ialah Ustaz Azariza Alawi bermula jam 9.15 malam berakhir jam 11.20 malam pada 5 September, 2014. 
 



Sebahagian makmum dan penduduk Kampung Lundang dan sekitarnya.

Risalah ditampal di pintu masjid.

Foto ini dirakam di Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 5.9.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Juadah Enak


JUADAH ENAK

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Sebuah restoran yang menyediakan makanan dan masakan yang enak dengan harga yang berpatutan dikenali Restoran Pohon Tanjung di Jalan Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung dekat sini. Pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada warga tempatan, menariknya terdapat juga pelanggan dari Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan.


 Wartawan HARIAN DETIK sedang menikmati makanan pagi dan membayarnya di kaunter.

Foto ini dirakam di Restoran Pohon Tanjung, Jalan Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung, Wakaf Baharu, Kelantan pada 4.9.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Pembakaran Secara Terbuka


PEMBAKARAN SECARA TERBUKA

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, melakukan pembakaran secara terbuka, namun itulah yang berlaku di atas sikap kita yang tidak peka kepada udara dan persekitaran.

Asalkan ada sampah dan bahan yang ingin dibakar, terasa gatal tangan untuk melakukan kerja yang boleh mencemarkan udara. Masyarakat kita tidak mempedulikan, jika kualiti udara tercemar boleh mengundang masalah kesihatan.


Api, kecil menjadi kawan, apabila besar membakarlah sifatnya.

Foto ini dirakam di Jalan Hulu Stesen, Wakaf Baharu, Kelantan pada 1.9.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Selasa, 2 September 2014

Masalah Tiada Longkang


MASALAH TIADA LONGKANG

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Peranan longkang adalah untuk menakung air sama ada air buangan dari premis dan kediaman untuk tidak melimpah keluar ke serata arah. Namun, pastinya akan menimbulkan masalah apabila longkang yang sepatutnya dibina dan diwujudkan di kawasan perumahan dan premis perniagaan tiada di tempat terbabit.

Lazimnya, setiap kali wujudnya kawasan perumahan terutamanya berdekatan pula dengan laluan atau jalan raya, longkang amat penting dibina. Jika tidak, ke mana air buangan dari rumah akan dialirkan.

Seorang penduduk, Zainuddin Mohd. Shah, 49, atau lebih dikenali sebagai Din dari Kampung Pauh Ganja, Wakaf Baharu, Kelantan ketika ditemui Wartawan HARIAN DETIK berkata, terdapat kira-kira 15 buah rumah di kampung itu yang tidak mempunyai longkang dan longkang terbabit sepatutnya dibina di kampung itu.

"Terdapat kira-kira 15 buah rumah di Kampung Pauh Ganja ini yang berdekatan dengan jalan raya tidak mempunyai longkang. Jika tiada longkang, ke mana air buangan itu akan dialirkan?" katanya.

Dalam hubungan ini, diminta pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) memberikan perhatian dan menyelesaikan masalah penduduk yang tidak mempunyai longkang itu supaya tidak menimbulkan sesuatu masalah di belakang hari.
 
Zainuddin Mohd. Shah atau Din.

Din menunjukkan laluan bersebelahan kediaman dan premis tiada longkang.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Longkang Tidak Berfungsi


LONGKANG TIDAK BERFUNGSI

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Peranan longkang adalah untuk menghalang air melimpah lalu membanjiri kawasan persekitaran sama ada kawasan perumahan dan jalan raya.

Tetapi kadang-kadang terdapat usaha membina longkang, longkang tersebut tidak berfungsi dengan sempurna. Ketika musim kering dan kemarau, lazimnya air akan kering. Tetapi apabila hujan lebat turun, longkang yang dibina itu tidak berjaya menghalang air melimpah keluar.

Salah satu longkang yang dikatakan gagal berfungsi sebagaimana yang sepatutnya ialah longkang di Kampung Kubang Palas, Wakaf Baharu, Kelantan. Longkang berkenaan dibina agak cantik tetapi berlaku sebaliknya, ini menunjukkan wujudnya sesuatu yang tidak sempurna.

 Longkang dibina agak cantik, tetapi fungsinya tidak sempurna.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM