REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 25 Oktober 2014

Kedai Makan Murah


KEDAI MAKANAN MURAH

JERTEH, TERENGGANU: Lazimnya kini, kebanyakan kedai makan, restoran mahupun warung kebanyakan makanan yang digemari pelanggan telah naik harga akibat kenaikan harga minyak petrol dan barangan runcit yang lain.

Misalnya harga sebungkus nasi ikan (pagi) di Kota Bharu, harganya paling rendah ialah RM2-50. Malahan di sesetengah tempat harganya lebih dari itu untuk menunjukkan harganya telah meningkat. Namun, pengguna tidak mempedulikan tentang harganya kerana mahu atau tidak terpaksa juga membelinya.

Tetapi amat berbeza dengan Kedai Nasi Ayam yang terletak di tepi laluan umum Kampung Padang Luas, Jerteh, Terengganu itu. Walaupun dikatakan nasi ayam, namun kedai berkenaan turut juga menghidangkan masakan panas dengan harga paling rendah. Sebuah kedai makan yang perlu dicontohi oleh warung dan restoran yang lain.




Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Sabtu, 11 Oktober 2014

Natijah Longkang Tersumbat


NATIJAH LONGKANG TERSUMBAT

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Longkang tersumbat tidak patut dibiarkan terus dengan keadaannya, jika tidak pastinya akan melimpahi jalan raya berdekatan. Hal seumpama ini telah berlaku beberapa kali di laluan umum Pasir Pekan ke Pasir Mas di Kampung Kutan Tengah setiap kali hujan turun dengan lebat dan secara berterusan. Natijahnya, air longkang itu kemudiannya memenuhi longkang terbabit lalu melimpahi jalan raya sehingga menyusahkan kawasan masjid, sekolah berdekatan dan orang ramai yang lalu lalang.

Siapakah yang berperanan dalam hal ini sama ada pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) atau Majlis Daerah Tumpat (MDT) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)? Jika salah satu pihak tersenarai yang perlu menggalas tugas ini, masalah longkang berkenaan perlu diselesaikan dengan segera.
 





Keadaan longkang ini ketika kemarau. Jika hujan turun secara berterusan dan lebat, air dari longkang itu pasti melimpahi sehingga menenggelamkan jalan raya.

Foto ini dirakam di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Baharu, Kelantan pada 11.10.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Khamis, 9 Oktober 2014

Gerhana Bulan Merah


GERHANA BULAN MERAH

KOTA BHARU, KELANTAN:  Gerhana bulan merah berlaku di Malaysia pada 8.10.2014 malah boleh disaksikan mulai jam 7.25 malam hingga 7.46 malam walaupun tidak sejelas di negara luar akibat gangguan jerebu.

Berikutan itu munculnya gerhana yang menyebabkan bulan menjadi merah seperti api yang panas membakar, Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan Solat Sunat Gerhana Bulan Merah disusuli dengan Khutbah selepas solat Maghrib dan solat sunat Maghrib kedua mulai jam 7.35 malam hingga 8.30 malam pada 8.10.2014.

Gerhana Bulan Penuh boleh dilihat dengan jelas pada 4.4.2015 nanti.

Khatib membaca khutbah.


 Sebahagian jemaah Masjid Mukim Lundang yang khusyuk mendengar khutbah.

Foto ini adalah khutbah dan sebahagian makmum Masjid Mukim Lundang yang telah menyelesaikan solat sunat tersebut yang dirakam pada 8.10.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Topi Keledar


TOPI KELEDAR

KOTA BHARU, KELANTAN: Penunggang motosikal sepatutnya memakai topi keledar sebagai alat dan langkah keselamatan. Apatah lagi, dalam peraturan Ordinan Lalu Lintas Jalan 1959, Akta Polis dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan tentang pemakaian topi keledar. Namun, melihat kepada salah seorang penunggang motosikal ini yang begitu bergaya menunggang tanpa mengenakan topi keledar adalah satu contoh yang tidak baik. Ternyata beliau "tidak sayangkan nyawa".

Ramai penunggang motosikal tidak memakai topi keledar.


Foto ini dirakam di Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 7.10.2014.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jinak Si Kucing


JINAK SI KUCING

TUMPAT, KELANTAN: Deria kucing sememangnya tajam. Haiwan jinak ini memang tahu siapa yang gemarkan kucing atau siapa yang pantang tengok kucing, kucing menjadi mangsa. Sebab itulah, kucing mudah mendekati manusia yang tahu melihat haiwan tersebut, kucing akan segera datang walaupun tidak dipanggil. Kucing yang merupakan tetamu senja akan ke mana saja jika ada rezeki, sebagaimana dilihat dalam foto ini. Kucing juga mudah jinak apabila selalu diberikan makanan sekalipun si kucing liar. Kenyangnya si kucing pada hari diberikan makanan, tetapi bagaimana pula hari esok? Siapakah yang bakal menyuapkan makanan kepadanya?
 
Kucing yang liar menjadi jinak dan mudah didekati apabila diberikan makanan.

Foto ini dirakam di Infogaleri Sungai Golok Tengku Anis pada 6.10.2014.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sampah Di Bahu Jalan


SAMPAH DI BAHU JALAN

WAKAF BAHARU, KELANTANMelonggok sampah di merata-rata tempat adalah salah satu sikap yang tidak elok apatah lagi jika sampah terbabit dilonggok dan dibuang sesuka hati di bahu jalan. Apabila dikatakan sampah, tentunya akan berbau busuk. Paling dibimbangkan, sampah yang merupakan sisa buangan dari rumah, menjadikan kegemaran tikus sebagai tempat haiwan berkenaan memperolehi bekalan makanan.

Menurut beberapa penduduk kampung terbabit mendakwa, pembuangan sampah di kawasan disebabkan ketiadaan tong sampah. Bahkan, jika penduduk kampung ingin membuang sampah, hanya sebuah tong sampah yang disediakan di kawasan itu, itupun tong sampah terbabit diletakkan di luar dari kawasan itu. Keadaan ini tentunya menyusahkan penduduk untuk melonggokkan sampah. Jadi, mahu tidak mahu kawasan bahu jalan terbabit yang menjadi mangsa longgokan sampah itu.

Dalam hubungan ini, diminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) umpamanya Majlis Daerah Tumpat (MDT) menyediakan tong sampah yang mencukupi supaya sampah yang ingin dibuang terus dibuang ke dalam tong sampah berkenaan.



Sampah terpaksa dilonggokkan di kawasan bahu jalan disebabkan ketiadaan tong sampah.

Foto ini dirakam di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Baharu, Kelantan pada 27.9.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM