SELONGKAR TONG SAMPAH
KOTA BHARU, KELANTAN: Kadang-kadang barangan dalam tong sampah juga
berguna seperti botol air kosong, besi, tayar buruk dan sebagainya. Namun, sifat yang baik ialah apabila bahan buangan itu telah diselongkar, sampah-sampah yang lain perlulah dimasukkan kembali ke dalam tong sampah itu. Jika tidak, akan berselerakanlah sampah yang pelbagai rupa apatah lagi telah berbau itu.
Kepada pencari barangan yang dibuang ke dalam tong sampah yang ditakrifkan masih boleh diambil dan digunakan untuk dijual boleh mendapatkan rezeki walaupun dianggap sampah, tetapi sampah yang lain perlulah dimasukkan kembali ke dalam tong sampah itu.
Foto ini dirakam di laluan umum, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan pada 16.11.2014.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH