KONDOM TERCICIR?
KOTA BHARU, KELANTAN: Kejadian banjir besar 2014 baru-baru ini adalah
salah satu sebab kelalaian dan kejahilan manusia sendiri. Mungkin juga
untuk mengukur keimanan kita, sebab dan musabab di sebaliknya yang manusia tidak sedari atau tidak
ambil perhatian terhadapnya. Kita bercakap tentang bala dan bencana
Allah, namun kita tidak ambil iktibar di sebaliknya.
Misalnya masalah judi dan
maksiat adalah penyebab kepada hakikat itu, tetapi kita menafikannya.
Lihatlah, selepas banjir besar, kita tidak lihat wujudnya maksiat
yang dilakukan secara tersembunyi sedangkan Allah mengetahui di
sebaliknya, kita manusia yang dangkal ini tidak ambil kisah tentangnya
kerana menganggapkannya tidak ada, kita tutup dari pandangan orang lain dengan mengatakannya "bebas maksiat".
Lihat saja kondom yang dicampak di pusat bandar Kota Bharu ini. Kondom
ini masih baharu lagi yang disumbat ke dalam bungkusannya secara
tergesa-gesa dan pelakunya mungkin melakukannya secara tergesa-gesa atau
mungkin juga tercicir. Jadi, Allah tunjukkan bahawa maksiat memang
berlaku secara tersembunyi dengan mempamerkan alat ini dan kecuaian
pelakunya. Kondom ini dilihat petang semalam (22.2.2015) tetapi masih
belum dibuang sehingga petang hari ini (23.2.2015).
Kondom yang telah digunakan ini telah ditemui tercicir di Jalan Maju, Kota Bharu, Kelantan sejak 22.2.2015 lagi dan masih terjelepuk di kawasan itu sehingga petang 23.2.2015 tanpa diketahui oleh orang ramai yang lalu lalang. Kenapa jadi begitu?
Kondom yang telah digunakan ini disumbat ke dalam bungkusannya.
Foto ini dirakam di Jalan Maju, Kota Bharu, Kelantan pada 23.2.2015.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH