REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 8 Mei 2015

Sampah Di Pantai Irama


SAMPAH DI PANTAI IRAMA

BACHOK, KELANTAN: Pantai yang indah akan semakin menarik apabila kebersihan di lamannya terus terjaga dan terpelihara. Tetapi pantai akan terus tercemar dan cacat mata yang memandangnya apabila sampah dibuang ke merata-rata tempat dengan sewenang-wenangnya oleh penggemar dan pembuat sampah yang tentunya menyusahkan pihak lain.

Pengunjung perlu berhemah ketika berada di pantai. Pantai akan sentiasa bersih jika pengunjung dapat memungut dan membawa pulang sampah yang dihasilkan mereka kerana mereka juga telah membawa bakal sampah dari rumah. Jadi, Allah jadikan alam ini seperti "pantai" untuk manusia makmurkan dan nikmati kehijauan warna-warnanya yang berbilang-bilang (pemandangan) dan udara yang bertiup segar di persekitarannya dan pantai bukan tempat manusia untuk melonggok-longgokkan sampah (seperti tong sampah).

Pembuangan sampah oleh pengunjung Pantai Irama (Bachok) terus berlaku setiap kali hari cuti umum, cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Mereka akan membuang dan melonggok sampah kerana itulah tabiat tangan dan sikap mereka.

Ada yang menyalahkan pihak pengurusan Pantai Irama kerana tidak menyediakan tong sampah. Tetapi hakikatnya, mereka perlu bertanggungjawab dengan sampah mereka sendiri. Mereka boleh membawa atau menyediakan plastik untuk mengumpul sampah mereka sendiri bukannya menyalahkan pihak lain.



Sampah yang dihasilkan dan dibuang dengan sewenang-wenangnya oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab, sehinggakan pantai yang cantik hilang serinya disebabkan sampah.

Foto ini dirakam di Pantai Irama, Bachok, Kelantan pada 3.5.2015.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Mana Topi Keledar?


MANA TOPI KELEDAR?

PASIR MAS, KELANTAN: Pengguna jalan raya khususnya penunggang-penunggang motosikal masih tidak berasa serik dengan kejadian nahas ngeri sehingga menyebabkan maut. Kejadian berkenaan berlaku walaupun penunggang-penunggang terbabit memakai topi keledar sebagai langkah keselamatan semasa menunggang di jalan raya.

Namun, bagaimana pula dengan kalangan penunggang-penunggang motosikal yang menafikan peranan topi keledar yang sepatutnya mereka pakai ketika melalui jalan raya? Ramai di kalangan mereka yang tidak berasa bimbang jika enggan memakai topi keledar kerana itulah sikap sebenar penunggang-penunggang motosikal.

 
 Penunggang motosikal ini tidak begitu bimbang jika tidak memakai topi keledar.

Foto ini dirakam di Kampung Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan pada 2.5.2015.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH