REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 17 Julai 2015

Kesesakan Lalu Lintas Di Wakaf Che Yeh


KESESAKAN LALU LINTAS
DI WAKAF CHE YEH

KOTA BHARU, KELANTAN: Setiap kali musim perayaan khususnya hari raya aidilfitri, keadaan kesesakan jalan raya di Wakaf Che Yeh dekat sini menjadi kelaziman terutamanya menjelangnya jam 1.00 pagi.

Laluan yang dimaksudkan bermula dari Jalan Pasir Hor, Jalan Kuala Krai (dari arah Kadok), Jalan Kota Bharu-Pasir Mas dan laluan Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu.

Kesesakan ini berpunca sikap segelintir pemandu yang tidak sabar dengan keadaan kerana pada pagi berkenaan mereka masih menumpukan aktiviti membeli-belah di lokasi itu yang menawarkan jualan biskut hari raya dengan harga yang murah selain tiadanya kawalan trafik menyebabkan pemandu-pemandu berkenaan menerjah lampu merah sehingga mengganggu laluan lain.

Kelemahan sistem kawalan trafik di lokasi berkenaan akan sering berlaku jika pihak berkuasa kawalan trafik tidak memberikan perhatian terhadapnya.




Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 12 Julai 2015

Nahas Di Tok Bali (Pasir Puteh)


NAHAS DI TOK BALI

PASIR PUTEH, KELANTAN: Berlaku kejadian nahas jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan berhampiran lokasi replika bot yang mercu tanda Tok Bali. Kejadian berlaku pada petang 11.7.2015 itu menyebabkan gangguan lalu lintas jalan.
 
 
 
Foto ini dirakam di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan pada 11.7.2015.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Hutan Lipur Kita (Machang)


HUTAN LIPUR KITA

MACHANG, KELANTAN: Memang sedih melihat keadaan hutan lipur dan jeram di negeri kita khususnya negeri Kelantan. Keadaan jeramnya tidak terurus, papan tanda patah, bengkok dan tersungkur. Begitulah halnya dengan Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang.

Jambatan Gantung yang menjadi kegemaran pengunjung ke hutan lipur ini memang tidak terurus, merbahaya dan kini runtuh. Jambatan gantung itu kini menjadi "jambatan runtuh" akibat tidak diberikan perhatian oleh pihak-pihak terbabit.

Keadaan air di jeram ini semakin surut, berwarna kuning dan keadaan batu-batan yang ada dalam jeram itu berlumut malah agak licin pula.

Papan tanda ini sudah bengkok dan kemek.


Inilah jambatan gantung menjadi jambatan runtuh menyembah bumi. Tiada usaha untuk membaik pulihnya. 

Foto ini dirakam di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan pada 11.7.2015.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH