REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 11 Oktober 2015

Mana Topi Keledar?


MANA TOPI KELEDAR?

PASIR MAS, KELANTAN: Lazimnya bagi segelintir penunggang dan pembonceng motosikal akan berasa tidak selesa jika tidak mengenakan topi keledar ketika ingin menggunakan motosikal di jalan raya kerana itulah amalan orang yang berhemah.

Namun, lumrah juga bagi segelintir di kalangan penunggang dan pembonceng yang tidak mengenakan topi keledar kerana berasa tidak selesa sama ada berasa berat di kepala, gangguan pandangan ketika ingin melihat kiri dan kanan. Tetapi penyebabnya ialah bagi perempuan nampak agak hodoh apabila menggunakan topi keledar, tetapi apabila tidak menggunakan topi keledar khalayak akan dapat memerhatikan keayuan mereka.

Begitu halnya dengan lelaki mempunyai alasan sendiri kononnya dengan mengenakan topi keledar, tumpuan umum akan terhad apabila mereka dilihat tidak "macho", jadi tanpa topi keledar mereka akan tampak hebat.

Justeru, jangan berkata akan nampak hebat tanpa mengenakan topi keledar kerana nyawa tidak boleh dijual-beli. Kalau sudah nahas, kalau nyawa tidak melayang (maut), tentunya anggota lain akan tercedera atau patah.

Namun, golongan muda mudi berfikiran kolot kerana tanpa memakai topi keledar mereka adalah segala-galanya.
 
Pembonceng motosikal ini tidak memakai topi keledar.

Foto ini dirakam di laluan Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan pada 6.10.2015.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Khamis, 1 Oktober 2015

Wang Ihsan Banjir Kota Bharu 2014/2015


WANG IHSAN BANJIR KOTA BHARU 2014/2015

KOTA BHARU, KELANTAN: Setelah beberapa bulan menunggu sejak bencana banjir yang melanda Kelantan pada bulan Disember 2014 yang lalu, hari ini (23.9.2015), semua mangsa banjir yang resah kerana masih menunggu wang bantuan itu akhirnya berasa lega apabila "Majlis Penyampaian Sumbangan Wang Ihsan Bencana Banjir 2014/2015 Jajahan Kota Bharu - Fasa Ke-2" diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Chat dekat sini.

Cara penyampaian pada hari itu meliputi dua sessi iaitu pagi dan petang. Bagi sessi pagi, kira-kira 4,500 penerima dan bagi sessi petang kira-kira 3,447 penerima yang keseluruhan bagi Fasa 1 dan 2 meliputi 50,951 penerima.

Penerima wang ihsan bencana banjir yang berjaya akan menerima sekeping surat sama ada berwarna merah jambu (pink) atau biru perlu hadir dan menunggu di Dewan Sek. Men. Tanjong Chat. Surat tersebut akan dicop "Bayar" sebelum diarahkan memasuki sebuah lagi dewan untuk tujuan pengagihan wang tersebut secara rasmi, manakala surat tersebut akan dipungut dari penerima yang telah berjaya memperolehi wang bantuan yang dimasukkan ke dalam sampul surat putih. Suasana dewan ini walaupun agak besar, namun berhawa panas berikutan kemudahan kipas angin yang penuh debu dan rosak. Peserta yang duduk di tengah dewan ini pasti berbahang kerana tiada kipas di bahagian siling dewan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Chat.


Penerima yang menerima surat perlu menunggu di sebuah dewan.


Penerima sedang menunggu wang bantuan banjir di Dewan Mohd. Fatmi.


Keadaan kipas yang penuh debu tetapi rosak menyebabkan suasana dewan menjadi panas.


Kipas juga tidak dipasang di tengah dewan menjadikan dewan agak berbahang.


Bagi penerima yang menunggu di dewan dapat pulang awal. Bagi yang menunggu di luar, baharu memasuki dewan.

Foto ini dirakam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Chat, Jalan Tengku Ahmad Panglima, Kota Bharu, Kelantan pada 23.9.2015.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH