REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 15 November 2015

Sampah Jadi Model


SAMPAH JADI MODEL

TANAH MERAH, KELANTAN: Lazimnya, manusia yang menjadi model hasil ketokohan mereka. Tetapi hari ini, "sampah" pula yang menjadi model.

Di mana-mana tempat sama ada di bandar, di kampung dan di bahagian pedalaman, sampah yang diperkatakan. Disebabkan sikap manusia, sampah dibuang sewenang-wenang dan sesuka hati. Paling senang, sampah dibuang di tepi dan di bahu-bahu jalan.

Membicarakan tentang sampah, walaupun di tempat itu cantik dan menarik, namun apabila sampah dibuang di tempat itu, kawasan yang cantik dan menarik dianggap kawasan sampah. Walaupun di sesetengah tempat, dipasang papan tanda larangan membuang sampah. Namun, di kawasan papan tanda larangan itulah yang dianggap sebagai tong sampah.

Sikap manusia "dungu" dan "tidak berhemah" ini menjadikan kawasan yang menarik menjadi cacat akibat perbuatan membuang sampah. Justeru, sampai bila kita berkeadaan begini?
 


Gatalnya tangan manusia, sampah dibuang sesuka hati di bahu jalan.

Foto ini dirakam di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah, Kelantan pada 14.11.2015.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 13 November 2015

Sepinya Sebuah Masjid


SEPINYA SEBUAH MASJID

TANAH MERAH, KELANTAN: Masjid adalah tempat untuk melakukan ibadat khususnya di kalangan umat-umat Islam. Masjid juga dikatakan rumah Allah. Solat lima waktu tidak lengkap dan tidak sempurna jika tidak dilakukan di masjid. Sebab, solat yang dilakukan di masjid akan turut diaminkan oleh seluruh para malaikat. Allah S.W.T  akan memberikan pahala sehingga 27 darjah apabila dilakukan di masjid. Ini bermakna, skrip pahala sebagaimana arahan Allah S.W.T  kepada malaikat itu akan diberikan markah apabila dilakukan di masjid, sebaliknya orang yang menunaikan solat sendirian di rumah pastinya tidak akan mendapat pahala itu walaupun solatnya dilakukan dengan khusyuk. Sebabnya, bagaimana malaikat yang ditugaskan untuk mencatatkan pahala orang yang mengerjakan solat di rumah kerana skrip itu berbeza sebagaimana yang diarahkan oleh Allah S.W.T?

Berhubung dengan hal masjid ini, lazimnya sesetengah masjid menjadi kosong, sepi dan tidak berfungsi apabila penduduk yang juga sepatutnya menjadi jemaah/kariah tidak memakmurkan masjid tempat mereka menetap di situ. Segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid tidak akan berjaya dilakukan jika kurang atau tidak mendapat perhatian serta kerjasama penduduk yang tinggal berdekatan dengan sesebuah masjid itu.

Hal inilah yang berlaku di sebuah Masjid Da'rul Iman yang terletak di Kampung Cita Jaya, Batu 6, Tanah Merah, Kelantan ketika Wartawan HARIAN DETIK, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim singgah untuk menunaikan solat Asar pada 12.11.2015.

Setelah selesai azan Asar dikumandangkan oleh bilal, kami mengerjakan solat sunat Asar. Kami menunggu sehingga 10 minit untuk menunggu kehadiran jemaah yang tinggal berdekatan dengan masjid itu. Tetapi tiada jemaah yang datang kecuali seorang sahaja.

Melihatkan kami kehairanan dan terpinga-pinga dengan situasi itu, belumpun sempat kami mengemukakan pertanyaan bilal yang bertugas memaklum dan mengadu kepada kami bahawa beliaulah Imam, Bilal, Tok Siak dan tukang cuci masjid itu.

Menurutnya, baru-baru ini beliau ke Kuala Lumpur kerana urusan dengan anak-anaknya, masjid itu terpaksa ditutup kerana tiada jemaah/kariah yang memakmurkan masjid berkenaan, sedangkan penduduk di kawasan itu agak ramai juga. Malah ketika beliau adapun, hanya tiga jemaah dari satu keluarga yang sering datang ke masjid itu untuk menunaikan solat. Sikap jemaah dari kampung berkenaan yang memandang sepi tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap masjid berkenaan tidak sewajarnya berlaku kerana sebagai umat Islam sewajarnya memakmurkan masjid itu adalah dituntut.

Dalam hal ini, diminta pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) daerah dan negeri memberikan perhatian dengan perkembangan yang tidak sihat ini.


Inilah Masjid Da'rul Iman.

Wartawan HARIAN DETIK sempat berbual dengan bilal masjid sebelum Asar berkumandang.

Salah satu tulisan dalam masjid berkenaan.

Foto ini dirakam di Masjid Da'rul Iman, Kampung Cita Jaya, Batu 6, Tanah Merah, Kelantan pada 12.11.2015.

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM