BEGINILAH AKHIRNYA
PASIR MAS, KELANTAN: Selalunya, orang-orang tua yang ternyata tidak berdaya menjadi mangsa keadaan. Sepatutnya mereka yang mengalami masalah perlu dibantu dalam banyak segi dalam usaha untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung.
Tetapi hari ini, masalah yang dihadapi oleh golongan berkenaan hanya dilihat sebelah mata saja. Golongan hartawan dan berada memang ramai, namun sekadar menghulurkannya ke tempat yang tidak sepatutnya. Sedangkan mereka menyedari, pada suatu masa, segala bantuan itu tidak lagi diperlukan.
Ketika ditemui Wartawan HARIAN DETIK, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamarulbahrin, keadaan seorang penduduk, Ariffin Mat Akid, 80, atau Pak Pin dari Kampung Pangkal Gerap, Kubang Gadong, Pasir Mas, Kelantan sepatutnya dibantu. Sementelah pula beliau baharu saja kematian isterinya dan dia juga mengalami masalah kesihatan apabila turut menerima pembedahan perutnya dan juga kaki kirinya terpaksa dipotong akibat masalah saraf dan kaki yang berair.
Menurut Pak Pin, beliau hanya dibantu oleh keluarganya walaupun hakikatnya keluarga beliau juga memerlukan perbelanjaan keluarga masing-masing. Banyak kali juga beliau memohon bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas, namun segala usahanya gagal. Pihak wakil rakyat bukan saja tidak membantu golongan sepertinya, namun menjenguknya juga tidak. Kini dia tinggal di rumah itu seorang diri yang hanya sekadar menyusur dan menghisut seorang diri disebabkan masalah kakinya itu.
Bagi yang ingin membantu, bolehlah menghubungi talian cucunya: 017-9529570
Ariffin Mat Akid atau Pak Pin.
Pak Pin ketika diwawancara Wartawan HARIAN DETIK.
Kakinya terpaksa dipotong kerana didakwa mengalami masalah saraf dan berair.
Perutnya juga terpaksa dibedah.
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMARULBAHRIN