REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 13 Januari 2017

Papan Tanda Jalan Terlindung


PAPAN TANDA JALAN TERLINDUNG

BACHOK, KELANTAN: Keperluan kepada papan tanda jalan adalah untuk memberikan kemudahan laluan pengguna jalan raya sebagai penanda arah untuk ke tempat yang dituju. Papan tanda juga sewajarnya dipasang dalam keadaan sempurna dan sebarang kecacatan terhadap papan tanda itu sama ada papan tanda yang tidak sempurna atau cacat atau kaedah meletakkan dan memasangnya tidak sempurna atau terlindung di balik objek lain perlu diperbetulkan. 

Jika papan tanda itu dipasang di balik objek lain sebagaimana di Tawang, Bachok yang dipasang di belakang lampu isyarat jalan, kelihatannya agak cacat dan seperti tidak sempurna atau dipasang secara sambil lewa saja dan ia perlulah diperbetulkan.

Majlis Daerah Bachok (MDB) perlu peka dan prihatin tentang hal ini.

Papan tanda jalan perlu dipasang di tempat sesuai dan bukannya di balik objek lain.

Foto ini dirakam pada 12.1.2017.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 8 Januari 2017

Masjid Lundang - Majlis Makan Laksa Sambil Menderma


MAJLIS MAKAN LAKSA SAMBIL MENDERMA
 
KOTA BHARU, KELANTAN: Antara aktiviti dan program anjuran Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 7.1.2017 adalah mengadakan "Majlis Makan Laksa Sambil Menderma" bagi menggiatkan Tahfiz Sri Lundang yang bermula sessi Januari 2017.

Bagi individu yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah memasukkan sumbangan berkenaan ke dalam akaun Tahfiz Sri Lundang di Bank Muamalat (No. Akaun: 03020001286714).
 
Tonton Video:
1. Siar.TV: Siri 04 - http://siartv-04.blogspot.com
 
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Bukit Besi Dilanda Lumpur


BUKIT BESI DILANDA LUMPUR

MACHANG, KELANTAN: Kampung Bukit Besi dekat sini difahamkan pernah berlaku kejadian lumpur sehingga menyebabkan beberapa buah perigi digenangi air berlumpur dari tanah bukit yang berhampiran akibat perlombongan bijih besi.

Namun, kejadian berkenaan terus berulang, sementelah pula kejadian berkenaan berlaku ketika berlakunya hujan lebat sejak bulan Oktober 2016 lalu dan natijahnya kampung berkenaan menerima padah apabila beberapa buah rumah mengalami tragedi sedemikian rupa.

Melakukan aktiviti terhadap bukit yang pastinya berlaku natijah buruk seumpama itu, apatah lagi ia dikaitkan dengan perlombongan di kawasan terbabit. Kita lihat, ketika pihak Jepun melombong bijih besi pada tahun 1914 di Kampung Bukit Besi sewaktu ketika dulu, tidak pernah penduduk kampung melaporkan tentang berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur dari bukit yang diusik. Tetapi sistem kita yang terlalu rakus menjadikan kawasan seperti "padang jarak, padang tekukur".

Kita sebenarnya tidak pernah serik. Kalau manusia berasa sakit apabila ditusuk benda tajam, begitu juga dengan alam ini akan turut berasa sakit apabila diterjah sedemikian rupa. Cuma manusia tidak mendengar bunyi bukit meraung kerana telinga manusia sebenarnya "pekak". Tetapi kalau manusia belajar tentang "ekologi", manusia berkenaan akan mengetahui tentang hakikat itu.

Disebabkan sikap rakus dan cuai kita terhadap alam sekitar, kita bimbang suatu masa nanti air tidak lagi menakung dalam perut bumi kerana telah beralih arah. Ingatlah, air ini mempunyai rantaiannya.

Justeru, diminta pihak Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Galian melihat situasi ini dengan penuh minat tetapi bukannya menutup mata. Fikirlah tentang keselamatan penduduk di kampung berkenaan.









Sebahagian foto tentang air berlumpur yang melanda Kampung Bukit Besi, Machang iaitu lokasi perlombongan bijih besi yang ditinggalkan pihak Jepun, yang kini diaktifkan kembali sejak beberapa tahun lalu.

Sumber Foto:
HASNAN AINI

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH