REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 3 Mac 2013

Lorong Pejalan Kaki Cacat


LORONG PEJALAN KAKI CACAT

KOTA BHARU, KELANTAN:  SEBATANG lorong pejalan kaki yang baru siap dibina beberapa bulan lalu yang terletak di Jalan Doktor dekat sini kelihatan cacat apabila batanya didapati telah pecah. Jika dilihat secara fizikal, didapati bata yang digunakan untuk tujuan berkenaan seolah-olah bermutu rendah apatah lagi cara pembinaan di bawahnya didapati berlubang. Apabila bata ini dipijak di bahagian atasnya menyebabkan ia mudah pecah. Sekaligus mencacatkan pandangan.
Dalam hal ini, diminta pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengambil tindakan yang sewajarnya.

Inilah bata yang dibina untuk lorong pejalan kaki didapati telah pecah. Kelihatan lubang terdedah di bawah binaan bata itu.

Foto ini dirakam di Jalan Doktor berhampiran Jalan Maju dekat sini pada 3.3.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan