REZEKI DARI SAMPAH
KOTA BHARU, KELANTAN: WALAUPUN
ditakrifkan sebagai sampah, namun dari sampah itu juga boleh menghasilkan
pelbagai produk. Salah satu yang jelas ialah, sampah itu juga bernilai wang
ringgit jika individu terbabit sentiasa berusaha ke arah itu.
Memandangkan keadaan kegawatan
industri pekerjaan dalam negara dan di negeri Kelantan dewasa ini, apatah lagi
dengan lahirnya graduan yang menganggur tentunya sektor pekerjaan tidak mencukupi untuk menampung rakyat yang sedia ada.
Sebab itulah, untuk mendapatkan sumber kewangan dan makanan, “rezeki tidak
datang bergolek” dan salah satu cara adalah dengan berusaha. Jika wujudnya sifat malu untuk mencari rezeki pastinya tidak akan ke
mana, sudahnya mengharapkan simpati orang lain dengan menjadi “pengemis”.
Lihatlah usaha abang dalam foto
ini yang begitu gigih mencari barangan terbuang yang boleh dikitar semula untuk
tujuan mendapatkan rezeki yang halal. Beliau sanggup “tebal muka” berhadapan
dan disaksikan oleh ramai orang, tetapi di atas dasar seorang yang beriman, beliau
sanggup berbuat demikian dalam usaha menyara keluarganya.
Foto ini dirakam di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan pada 29.9.2013.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan