REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 23 Disember 2014

Banjir Sampai Kota Bharu


BANJIR SAMPAI KOTA BHARU

KOTA BHARU, KELANTAN: Secara ilmiah, air melimpah tebing atau banjir pasti berlaku dengan kehendak Allah apabila cukup dua sifat penting iaitu apabila berlakunya tiupan angin Barat Daya (yang bertiup secara selari) berbanding angin Timur Laut yang bertiup ke serata arah dan kekuatan gelombang tolakan daripada air laut ke sungai-sungai melalui muara sungai (air payau). Walaupun tidak menolak banjir juga berpunca daripada sistem perparitan dan longkang yang tersumbat, terbitnya mata air (dari perut bumi), hujan lebat di bahagian hulu serta kemungkinan pelepasan air dari empangan yang memungkin keadaan demikian.

Hakikatnya, banjir berlaku (gelombang kedua) yang memungkin beberapa sebab seperti kecuaian manusia menjaga alam sekitar, sikap manusia dengan manusia dan sebagai memberikan pengajaran kepada manusia supaya manusia insaf dengan kecuaian mereka selama ini bahawa Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.

Setelah di bahagian hulu menerima natijahnya serangan air yang mengalir pula ke hujung aliran, kini Kota Bharu pula menerima salam dari banjir sebagai perhentian terakhir aliran air.





Paras banjir di Tambatan Diraja, Jalan Padang Bank, Kota Bharu, Kelantan.

Orang ramai mula di kawasan terbabit.

Foto ini dirakam berhampiran Hotel Ridel dan Tambatan Diraja di Jalan Padang Bank Bank, Kota Bharu, Kelantan pada 23.12.2014, kira-kira jam 6.00 petang.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 20 Disember 2014

Tiada Longkang - Air Bertakung


TIADA LONGKANG - AIR BERTAKUNG

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Kalau di musim kemarau, kita tidak tahu apakah kelemahan sistem saliran dan pengairan di taman-taman perumahan terbabit. Tetapi apabila hujan turun malah airnya pula bertakung di mana-mana, ketika itulah kita sedia maklum bahawa perlunya sistem perparitan, saliran dan longkang dibina di kawasan perumahan yang dimaksudkan.

Suatu hal nyata ialah, wujudnya air bertakung setiap kali hujan turun untuk menunjukkan tiada longkang yang dimaksudkan bagi membolehkan air mengalir secara lebih sempurna. Masalah ketiadaan longkang yang sepatutnya sebagaimana yang dialami di kawasan perumahan Taman Sri Palas, Wakaf Baharu, Kelantan ternyata amat menyedihkan apabila longkang yang sepatutnya dibina di kawasan terbabit tiada sebagaimana yang sepatutnya.

Dalam hal ini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta memantau permasalahan penduduk di kawasan perumahan Taman Sri Andalas itu dengan segera, kerana hujan yang turun itu terus menakung air sehingga memasuki kawasan perumahan berikutan ketiadaan parit, saliran dan longkang yang sepatutnya.
 
Air bertakung kerana ketiadaan longkang.
 

Akhirnya air itu mengalir ke serata arah.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Jumaat, 21 November 2014

Selongkar Tong Sampah


SELONGKAR TONG SAMPAH

KOTA BHARU, KELANTAN: Kadang-kadang barangan dalam tong sampah juga berguna seperti botol air kosong, besi, tayar buruk dan sebagainya. Namun, sifat yang baik ialah apabila bahan buangan itu telah diselongkar, sampah-sampah yang lain perlulah dimasukkan kembali ke dalam tong sampah itu. Jika tidak, akan berselerakanlah sampah yang pelbagai rupa apatah lagi telah berbau itu.

Kepada pencari barangan yang dibuang ke dalam tong sampah yang ditakrifkan masih boleh diambil dan digunakan untuk dijual boleh mendapatkan rezeki walaupun dianggap sampah, tetapi sampah yang lain perlulah dimasukkan kembali ke dalam tong sampah itu.



Foto ini dirakam di laluan umum, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan pada 16.11.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 25 Oktober 2014

Kedai Makan Murah


KEDAI MAKANAN MURAH

JERTEH, TERENGGANU: Lazimnya kini, kebanyakan kedai makan, restoran mahupun warung kebanyakan makanan yang digemari pelanggan telah naik harga akibat kenaikan harga minyak petrol dan barangan runcit yang lain.

Misalnya harga sebungkus nasi ikan (pagi) di Kota Bharu, harganya paling rendah ialah RM2-50. Malahan di sesetengah tempat harganya lebih dari itu untuk menunjukkan harganya telah meningkat. Namun, pengguna tidak mempedulikan tentang harganya kerana mahu atau tidak terpaksa juga membelinya.

Tetapi amat berbeza dengan Kedai Nasi Ayam yang terletak di tepi laluan umum Kampung Padang Luas, Jerteh, Terengganu itu. Walaupun dikatakan nasi ayam, namun kedai berkenaan turut juga menghidangkan masakan panas dengan harga paling rendah. Sebuah kedai makan yang perlu dicontohi oleh warung dan restoran yang lain.




Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Sabtu, 11 Oktober 2014

Natijah Longkang Tersumbat


NATIJAH LONGKANG TERSUMBAT

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Longkang tersumbat tidak patut dibiarkan terus dengan keadaannya, jika tidak pastinya akan melimpahi jalan raya berdekatan. Hal seumpama ini telah berlaku beberapa kali di laluan umum Pasir Pekan ke Pasir Mas di Kampung Kutan Tengah setiap kali hujan turun dengan lebat dan secara berterusan. Natijahnya, air longkang itu kemudiannya memenuhi longkang terbabit lalu melimpahi jalan raya sehingga menyusahkan kawasan masjid, sekolah berdekatan dan orang ramai yang lalu lalang.

Siapakah yang berperanan dalam hal ini sama ada pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) atau Majlis Daerah Tumpat (MDT) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)? Jika salah satu pihak tersenarai yang perlu menggalas tugas ini, masalah longkang berkenaan perlu diselesaikan dengan segera.
 





Keadaan longkang ini ketika kemarau. Jika hujan turun secara berterusan dan lebat, air dari longkang itu pasti melimpahi sehingga menenggelamkan jalan raya.

Foto ini dirakam di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Baharu, Kelantan pada 11.10.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Khamis, 9 Oktober 2014

Gerhana Bulan Merah


GERHANA BULAN MERAH

KOTA BHARU, KELANTAN:  Gerhana bulan merah berlaku di Malaysia pada 8.10.2014 malah boleh disaksikan mulai jam 7.25 malam hingga 7.46 malam walaupun tidak sejelas di negara luar akibat gangguan jerebu.

Berikutan itu munculnya gerhana yang menyebabkan bulan menjadi merah seperti api yang panas membakar, Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan Solat Sunat Gerhana Bulan Merah disusuli dengan Khutbah selepas solat Maghrib dan solat sunat Maghrib kedua mulai jam 7.35 malam hingga 8.30 malam pada 8.10.2014.

Gerhana Bulan Penuh boleh dilihat dengan jelas pada 4.4.2015 nanti.

Khatib membaca khutbah.


 Sebahagian jemaah Masjid Mukim Lundang yang khusyuk mendengar khutbah.

Foto ini adalah khutbah dan sebahagian makmum Masjid Mukim Lundang yang telah menyelesaikan solat sunat tersebut yang dirakam pada 8.10.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Topi Keledar


TOPI KELEDAR

KOTA BHARU, KELANTAN: Penunggang motosikal sepatutnya memakai topi keledar sebagai alat dan langkah keselamatan. Apatah lagi, dalam peraturan Ordinan Lalu Lintas Jalan 1959, Akta Polis dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan tentang pemakaian topi keledar. Namun, melihat kepada salah seorang penunggang motosikal ini yang begitu bergaya menunggang tanpa mengenakan topi keledar adalah satu contoh yang tidak baik. Ternyata beliau "tidak sayangkan nyawa".

Ramai penunggang motosikal tidak memakai topi keledar.


Foto ini dirakam di Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 7.10.2014.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jinak Si Kucing


JINAK SI KUCING

TUMPAT, KELANTAN: Deria kucing sememangnya tajam. Haiwan jinak ini memang tahu siapa yang gemarkan kucing atau siapa yang pantang tengok kucing, kucing menjadi mangsa. Sebab itulah, kucing mudah mendekati manusia yang tahu melihat haiwan tersebut, kucing akan segera datang walaupun tidak dipanggil. Kucing yang merupakan tetamu senja akan ke mana saja jika ada rezeki, sebagaimana dilihat dalam foto ini. Kucing juga mudah jinak apabila selalu diberikan makanan sekalipun si kucing liar. Kenyangnya si kucing pada hari diberikan makanan, tetapi bagaimana pula hari esok? Siapakah yang bakal menyuapkan makanan kepadanya?
 
Kucing yang liar menjadi jinak dan mudah didekati apabila diberikan makanan.

Foto ini dirakam di Infogaleri Sungai Golok Tengku Anis pada 6.10.2014.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sampah Di Bahu Jalan


SAMPAH DI BAHU JALAN

WAKAF BAHARU, KELANTANMelonggok sampah di merata-rata tempat adalah salah satu sikap yang tidak elok apatah lagi jika sampah terbabit dilonggok dan dibuang sesuka hati di bahu jalan. Apabila dikatakan sampah, tentunya akan berbau busuk. Paling dibimbangkan, sampah yang merupakan sisa buangan dari rumah, menjadikan kegemaran tikus sebagai tempat haiwan berkenaan memperolehi bekalan makanan.

Menurut beberapa penduduk kampung terbabit mendakwa, pembuangan sampah di kawasan disebabkan ketiadaan tong sampah. Bahkan, jika penduduk kampung ingin membuang sampah, hanya sebuah tong sampah yang disediakan di kawasan itu, itupun tong sampah terbabit diletakkan di luar dari kawasan itu. Keadaan ini tentunya menyusahkan penduduk untuk melonggokkan sampah. Jadi, mahu tidak mahu kawasan bahu jalan terbabit yang menjadi mangsa longgokan sampah itu.

Dalam hubungan ini, diminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) umpamanya Majlis Daerah Tumpat (MDT) menyediakan tong sampah yang mencukupi supaya sampah yang ingin dibuang terus dibuang ke dalam tong sampah berkenaan.



Sampah terpaksa dilonggokkan di kawasan bahu jalan disebabkan ketiadaan tong sampah.

Foto ini dirakam di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Baharu, Kelantan pada 27.9.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Jumaat, 19 September 2014

Restoran Bukan Restoren


RESTORAN BUKAN RESTOREN

KUALA TERENGGANU: "Restoran" menurut Kamus Dewan DBP (Jilid 3) merujuk kepada "kedai makan". Tetapi bagaimana kalau kedai makan itu sepatutnya dieja "restoran" tetapi pengusaha kedai makan berkenaan menulisnya "restoren"?

Adakah ejaan restoren boleh dirujuk kepada kedai makan? Ini kerana, ejaan berkenaan tidak wujud dalam Kamus Dewan, mungkin boleh diterbalikkan ejaan restoren itu kepada "makan kedai".

Pihak pengusaha kedai makan terutamanya kedai makan Melayu sepatutnya berhati-hati menulis ejaan tersebut. Jika tidak tahu, bertanyalah kepada pihak yang lebih tahu, jika malu sila rujuk kepada Kamus Dewan. Jika anda orang Melayu sendiri tidak tahu dan tidak dapat menguasai bahasa Melayu, di manakah selayaknya anda tinggal?


Foto ini dirakam di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu pada 14.9.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 6 September 2014

Forum Remaja dan Kemerdekaan


FORUM REMAJA DAN KEMERDEKAAN

KOTA BHARU, KELANTAN: Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan telah menganjurkan "Forum Remaja dan Kemerdekaan" dengan menampilkan Ustaz Haslin (Bollywood), manakala moderatornya ialah Ustaz Azariza Alawi bermula jam 9.15 malam berakhir jam 11.20 malam pada 5 September, 2014. 
 



Sebahagian makmum dan penduduk Kampung Lundang dan sekitarnya.

Risalah ditampal di pintu masjid.

Foto ini dirakam di Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 5.9.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Juadah Enak


JUADAH ENAK

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Sebuah restoran yang menyediakan makanan dan masakan yang enak dengan harga yang berpatutan dikenali Restoran Pohon Tanjung di Jalan Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung dekat sini. Pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada warga tempatan, menariknya terdapat juga pelanggan dari Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan.


 Wartawan HARIAN DETIK sedang menikmati makanan pagi dan membayarnya di kaunter.

Foto ini dirakam di Restoran Pohon Tanjung, Jalan Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung, Wakaf Baharu, Kelantan pada 4.9.2014.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Pembakaran Secara Terbuka


PEMBAKARAN SECARA TERBUKA

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, melakukan pembakaran secara terbuka, namun itulah yang berlaku di atas sikap kita yang tidak peka kepada udara dan persekitaran.

Asalkan ada sampah dan bahan yang ingin dibakar, terasa gatal tangan untuk melakukan kerja yang boleh mencemarkan udara. Masyarakat kita tidak mempedulikan, jika kualiti udara tercemar boleh mengundang masalah kesihatan.


Api, kecil menjadi kawan, apabila besar membakarlah sifatnya.

Foto ini dirakam di Jalan Hulu Stesen, Wakaf Baharu, Kelantan pada 1.9.2014.
 
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM