REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 23 Disember 2014

Banjir Sampai Kota Bharu


BANJIR SAMPAI KOTA BHARU

KOTA BHARU, KELANTAN: Secara ilmiah, air melimpah tebing atau banjir pasti berlaku dengan kehendak Allah apabila cukup dua sifat penting iaitu apabila berlakunya tiupan angin Barat Daya (yang bertiup secara selari) berbanding angin Timur Laut yang bertiup ke serata arah dan kekuatan gelombang tolakan daripada air laut ke sungai-sungai melalui muara sungai (air payau). Walaupun tidak menolak banjir juga berpunca daripada sistem perparitan dan longkang yang tersumbat, terbitnya mata air (dari perut bumi), hujan lebat di bahagian hulu serta kemungkinan pelepasan air dari empangan yang memungkin keadaan demikian.

Hakikatnya, banjir berlaku (gelombang kedua) yang memungkin beberapa sebab seperti kecuaian manusia menjaga alam sekitar, sikap manusia dengan manusia dan sebagai memberikan pengajaran kepada manusia supaya manusia insaf dengan kecuaian mereka selama ini bahawa Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.

Setelah di bahagian hulu menerima natijahnya serangan air yang mengalir pula ke hujung aliran, kini Kota Bharu pula menerima salam dari banjir sebagai perhentian terakhir aliran air.





Paras banjir di Tambatan Diraja, Jalan Padang Bank, Kota Bharu, Kelantan.

Orang ramai mula di kawasan terbabit.

Foto ini dirakam berhampiran Hotel Ridel dan Tambatan Diraja di Jalan Padang Bank Bank, Kota Bharu, Kelantan pada 23.12.2014, kira-kira jam 6.00 petang.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan