PRODUK PELANGSING MERBAHAYA
PRODUK pelangsing kerap diperkatakan sejak
dulu. Pihak NGO melalui Persatuan Pengguna sering mengketengahkan produk
seumpama ini di media-media massa untuk memaklumkan kepada pengguna,
perlu atau tidak digunakan dan apakah risiko serta kesan
sampingan yang bakal ditanggung apabila menggunakan produk-produk yang
dimaksudkan. Ini adalah kerana, ada beberapa perkara yang tidak begitu
jelas tentang sistem pelabelan produk-produk berkenaan iaitu:
1. Penggunaan bahasa kimia atau saintifik yang sememangnya tidak diketahui atau difahami oleh kebanyakan pengguna. Adalah amat wajar jika pihak pembekal menyatakan dengan jelas nama saintifik bahan-bahan yang digunakan itu yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu agar mudah difahami.
2. Pihak pembekal wajar menyertakan bukti klinikal, kajian dan pemeriksaan serta surat rasmi secara lebih terperinci sebelum disebarkan atau diiklankan kepada umum.
3. Sebaran iklan melalui media sosial seperti facebook, twiter dan blog perlu mendapat pengesahan pihak Jabatan Farmasi dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebagaimana diiklankan dalam media-media massa yang lain.
4. Kementerian Kesihatan melalui beberapa unit dan agensi penguatkuasaannya perlu sentiasa memantau perkembangan produk-produk seumpama ini di media sosial.
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan