BANJIR SAMPAI KOTA BHARU
KOTA BHARU, KELANTAN: Secara ilmiah, air melimpah tebing atau banjir
pasti berlaku dengan kehendak Allah apabila cukup dua sifat penting
iaitu apabila berlakunya tiupan angin Barat Daya (yang bertiup secara
selari) berbanding angin Timur Laut yang bertiup ke serata arah dan
kekuatan gelombang tolakan daripada air laut ke sungai-sungai melalui
muara sungai (air payau). Walaupun tidak menolak banjir juga berpunca
daripada sistem perparitan dan longkang yang tersumbat,
terbitnya mata air (dari perut bumi), hujan lebat di bahagian hulu
serta kemungkinan pelepasan air dari empangan yang memungkin keadaan
demikian.
Hakikatnya, banjir berlaku (gelombang kedua) yang memungkin beberapa sebab seperti kecuaian manusia menjaga alam sekitar, sikap manusia dengan manusia dan sebagai memberikan pengajaran kepada manusia supaya manusia insaf dengan kecuaian mereka selama ini bahawa Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.
Setelah di bahagian hulu menerima natijahnya serangan air yang mengalir pula ke hujung aliran, kini Kota Bharu pula menerima salam dari banjir sebagai perhentian terakhir aliran air.

Paras banjir di Tambatan Diraja, Jalan Padang Bank, Kota Bharu, Kelantan.
Orang ramai mula di kawasan terbabit.
Foto ini dirakam berhampiran Hotel Ridel dan Tambatan Diraja di
Jalan Padang Bank Bank, Kota Bharu, Kelantan pada
23.12.2014, kira-kira jam 6.00 petang.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH