REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 6 Januari 2015

Banjir Telah Surut



BANJIR TELAH SURUT

KOTA BHARU, KELANTAN: Banjir semakin surut, harap-harap tiada lagi banjir baharu yang datang. Cuma dalam usaha kita membantu mangsa-mangsa mungkin ada yang terlepas pandang, sehingga air surut, mereka gagal mendapatkan bantuan yang sepatutnya (selain makanan dan tempat tinggal).

Sebagaimana yang berlaku di Pusat Pemindahan Banjir Kolej Sultan Ismail (S.I.C), Jalan Telipot, Kota Bharu, pada awalnya ketiadaan elektrik. Setelah banjir surut, baharulah elektrik diperolehi, namun ketiadaan bekalan air dan tempat solat turut mencemaskan mereka. Akhirnya, sebagai alternatif terdekat mereka memunggah air dari sebuah masjid raja berdekatan (terletak di Jalan Tengku Ma'asum, Kota Bharu), masjid ini milik individu yang menanggung sendiri kos bil air dan elektrik tetapi tidak mendapat peruntukan dan bantuan kerajaan.

Paling menyedihkan lagi, masjid ini dicalarkan imejnya dengan sikap tidak berhemah pengunjung yang tidak menjaga kebersihan apabila najis dalam mangkuk tandas yang tidak diflush ditambah pula dengan bau hancing dan buangan tuala wanita ke dalam lubang tandas menyebabkannya tersumbat, selain pasir dan selut dari tapak selipar yang tidak dibersihkan. Memburukkan lagi apabila ada bukan mangsa banjir yang mengambil kesempatan memunggah air paip tanpa meminta izin pemilik masjid berkenaan.

Satu hal lagi ialah, tentang pembahagian bantuan kepada mangsa banjir yang tidak tersusun apabila mangsa yang mendaftar di pusat pemindahan tidak mendapat bantuan (seperti sardin, gula, biskut, milo, air mineral) tetapi disonglap oleh orang lain secara tamak. Bahkan apabila tiba konvoi bantuan makanan itu, tidak dimaklumkan oleh orang yang mengetahuinya untuk tujuan memperolehi untuk dirinya sendiri bantuan itu untuk orang lain. Sewajarnya bantuan seumpama itu sepatutnya melantik jawatankuasa yang menguruskannya dengan merujuk kepada senarai keluarga mangsa yang mendaftar di pusat-pusat pemindahan banjir.


Air mula surut pada 28.12.2014.





 Setelah air surut, selutlah yang ditinggalkan banjir.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Banjir Memasuki Kota Bharu



BANJIR MEMASUKI KOTA BHARU

KOTA BHARU, KELANTAN: Dalam beberapa detik sahaja, air mula memasuki pinggir bandar Kota Bharu seperti Jalan Sultanah Zainab dekat Kampung Sireh, Jalan Gajah Mati, Jalan Pekeliling.

Ketika ini, semua mangsa telah berpindah ke pusat pemindahan seperti di Kolej Sultan Ismail (S.I.C), Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI), Sekolah Kebangsaan Bunut Payong dan Sekolah Kebangsaan Lundang.

Keadaan air yang begitu pantas memenuhi kawasan rendah mencapai kemuncaknya apabila beberapa bahagian laluan yang sebelum ini masih boleh dilalui, tidak lagi selamat untuk dilalui semua jenis kenderaan berikutan keadaannya agak dalam.

Jalan Padang Bank dekat Hotel Ridel.

Jalan Gajah Mati.

Bulatan Tuan Padang.

Jalan Sultanah Zainab dekat Kampung Sireh.

Jalan Tengku Mohd. Ma'asum.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Banjir Semakin Naik



BANJIR SEMAKIN NAIK

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Walaupun hujan telah berhenti dan hanya turun sekadar renyai-renyai beberapa ketika, tiupan angin pula tidak berhenti menyebabkan air semakin naik di beberapa kawasan di Wakaf Baharu terutama di Jambatan Sultan Yahya Petra dan beberapa kampung baharu di Pasir Pekan dekat sini.
Keadaan warna air yang agak keruh dan kuning semakin membimbangkan, kelihatan penduduk menggunakan perkhidmatan motobot untuk memunggah barangan keperluan ke tempat yang selamat. Selain barangan keperluan, haiwan ternakan juga terpaksa dibawa bersama.


Air mula memasuki ruang dan kawasan yang rendah dengan laju di Pasir Pekan.



Beberapa kediaman di kawasan Pasir Pekan, Wakaf Baharu tenggelam apabila dinaiki air.

Keadaan air di Jambatan Sultan Yahya Petra.

Jalan menghala ke Pasir Mas melalui Wakaf Baharu telah ditutup kepada semua kenderaan di bulatan Pasir Pekan.


Mangsa dipunggah melalui bot dekat Pasir Pekan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian di hari tersebut.


 Haiwan juga berpindah ke tempat yang selamat.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH