REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 31 Mac 2015

Jalan Rosak Akibat Banjir


JALAN ROSAK AKIBAT BANJIR

TUMPAT, KELANTAN Sebuah jalan di Kampung Kok Keli dekat sini yang rosak teruk akibat dilanda banjir lumpur 2014 lalu telah dibaiki baru-baru ini.

Jalan berkenaan ditutup kepada kenderaan dan menyebabkan jalan singkat dari daerah ini tidak dapat dilalui. Kebanyakan pengguna jalan raya yang melaluinya adalah motosikal sahaja.
 



Foto ini dirakam di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan pada 21.3.2015.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Isnin, 30 Mac 2015

Sawah Padi Merekah


SAWAH PADI MEREKAH

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Kelantan sekarang menghadapi musim panas dan musim kering. Beberapa kawasan seperti parit dan saliran sebagai bekalan air ke sawah-sawah padi telah didapati susut dan surut di bawah paras yang tidak diduga. Berikutan itu, sesetengah sawah padi kekeringan air yang menyebabkan tanah yang dulunya menakung kini telah merekah. Rupa padi yang disemai pun kelihatan "hidup segan mati tak mahu".

Lihatlah keadaan sawah padi merekah akibat kekeringan air.

Foto tanah sawah padi merekah ini dirakam di Kampung Mensira, Wakaf Baharu, Kelantan
pada 21.3.2015.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Cara Menunggang Motosikal


CARA MENUNGGANG MOTOSIKAL

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Golongan remaja memang tidak fikir tentang risiko terutamanya tentang nahas di jalan raya. Bukan sahaja mereka memandu laju dan bersimpang-siur di celah-celah kenderaan untuk menunjukkan kehebatan mereka berbuat demikian.

Namun, satu sikap lagi dengan meletakkan kaki di atas pemijak kaki motosikal rakan mereka. Cara pemanduan begini sering dilihat untuk menunjukkan mereka tidak ada kerja yang ingin dilakukan dan cara itulah yang dilakukan mereka walaupun mereka sebenarnya berhadapan dengan risiko nahas jalan raya yang teruk.

Remaja ini menunggang motosikal dari Kampung Padang Tok Ku ke Kampung Morak, Wakaf Baharu, Kelantan.

Foto ini dirakam di Kampung Padang Tok Ku, Wakaf Baharu, Kelantan pada 21.3.2015.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 7 Mac 2015

Parit Roboh?



PARIT ROBOH?

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Jalan berselekoh dan di bawahnya terdapat longkang atau perparitan memang membahayakan pengguna jalan raya, bukan sahaja kepada pemandu kereta, lebih-lebih lagi penunggang motosikal.

Pembinaan jalan raya seumpama ini memang tidak bersistem dan dibuat ala kadar semata-mata, selain besi penghadang yang digunakan mudah bengkok dan patah. Mangsa yang terlanggar akan tersandung ke situ dan akhirnya terjunam ke bawah.

Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah Tumpat (MDT) dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) di kawasan terbabit perlu peka dengan masalah jalan dan parit yang mudah roboh itu. Kalau setakat jalan itu tidak digunakan amat tidak menjadi masalah, namun kejadian mangsa yang terjunam ke dalam parit itu bukan cerita baharu. Namun, tiada pihak yang cuba ambil peduli tentangnya kerana tidak berkesempatan untuk meninjau jalan dan parit yang tidak bermutu.







Foto ini dirakam di Jalan Sekolah Rendah Islam Aman, Wakaf Baharu, Kelantan pada 7.3.2015.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM