SAWAH PADI MEREKAH
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Kelantan sekarang menghadapi musim panas dan
musim kering. Beberapa kawasan seperti parit dan saliran sebagai bekalan
air ke sawah-sawah padi telah didapati susut dan surut di bawah paras
yang tidak diduga. Berikutan itu, sesetengah sawah padi kekeringan air
yang menyebabkan tanah yang dulunya menakung kini telah merekah. Rupa
padi yang disemai pun kelihatan "hidup segan mati tak mahu".
Foto tanah
sawah padi merekah ini dirakam di Kampung Mensira, Wakaf Baharu,
Kelantan
pada 21.3.2015.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan