REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 16 April 2015

Ke Mana Balak Dibawa?


KE MANA BALAK DIBAWA?

GUA MUSANG, KELANTAN: Sepanjang perjalanan waktu malam, Wartawan HARIAN DETIK melihat empat lori balak yang menyusur di Jalan Persekutuan di Gua Musang. Sebelumnya, HARIAN DETIK melihat lori balak parkir di cabang empat Dabong, Kuala Krai. Hairannya, ke mana balak-balak ini hendak dibawa di waktu malam hari?

Apakah secara sengaja membiarkan balak-balak dibawa keluar sehingga menghabiskan hasil hutan di Kelantan? Tidakkah penebangan balak-balak ini penyebab berlakunya banjir besar pada Disember 2014? Atau tidak terfikir atau terlintas dalam hati, apa akan berlaku jika membiarkan balak-balak itu ditebang sehingga menggondolkan bukit dan hutan kita? Tidakkah kita berasa sedar atau masihkah kita tidak serik dengan kejadian buruk itu?
 
 Balak-balak dibawa dengan treler pada malam hari. Ke mana balak-balak ini hendak dibawa?

Foto ini dirakam di Jalan Persekutuan, di Kampung Relai, Gua Musang, Kelantan pada 16.4.2015.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 11 April 2015

Malas Pakai Topi Keledar


MALAS PAKAI TOPI KELEDAR

TUMPAT, KELANTAN: Sikap malas adalah perbuatan tercela, kadang-kadang mengundang padah, apatah lagi yang melibatkan nyawa.

Sikap penunggang dan pembonceng motosikal ini tidak patut ditiru oleh orang lain kerana perbuatan berkenaan mengundang bahaya kepada nyawa sendiri.

Sekiranya, motosikal yang ditunggangnya terbalik atau terbabas lalu dirempuh kenderaan yang lalu lalang di jalan utama itu, hanya terbujur di situ. Jika terbabas, anggota utama yang mendapat natijahnya ialah bahagian "kepala". Jika kepala terhantuk di jalan bertar itu, anggota lain akan turut mengalami masalah.

Kru HARIAN DETIK kami cuba mengekori mereka dan merakam foto sejak dari Kampung Tembesu ke Kampung Morak, Tumpat, Kelantan sejauh tiga (3) kilometer. Beraninya kedua beranak ini menunggang dan membonceng motosikal tanpa mengenakan topi keledar.


Foto ini dirakam di Kampung Tembesu, Tumpat, Kelantan pada 11.4.2015.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH