KE MANA BALAK DIBAWA?
GUA MUSANG, KELANTAN: Sepanjang perjalanan waktu malam, Wartawan HARIAN DETIK melihat empat lori balak yang
menyusur di Jalan Persekutuan di Gua Musang. Sebelumnya, HARIAN DETIK melihat
lori balak parkir di cabang empat Dabong, Kuala Krai. Hairannya, ke mana
balak-balak ini hendak dibawa di waktu malam hari?
Apakah secara sengaja membiarkan balak-balak dibawa keluar sehingga menghabiskan hasil hutan
di Kelantan? Tidakkah penebangan balak-balak ini penyebab berlakunya
banjir besar pada Disember 2014? Atau tidak terfikir atau terlintas dalam hati, apa akan berlaku jika membiarkan balak-balak itu ditebang sehingga menggondolkan bukit dan hutan kita? Tidakkah kita berasa sedar atau
masihkah kita tidak serik dengan kejadian buruk itu?
Balak-balak dibawa dengan treler pada malam hari. Ke mana balak-balak ini hendak dibawa?
Foto ini dirakam di Jalan Persekutuan, di Kampung Relai, Gua Musang, Kelantan pada 16.4.2015.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan