LATA REK BERUBAH WAJAH
KUALA KRAI, KELANTAN: Sekali air bah, sekali pasir berubah. Memang
berlaku perubahan apabila banjir melanda. Kadang-kadang akibat banjir
suasana yang sebelumnya agak menarik telah rosak, sebagaimana yang
berlaku di Pulau Impian, Kampung Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan.
Tetapi perubahan yang berlaku ke atas Hutan Lipur atau Air Terjun Lata Rek dekat sini sememangnya agak mengejutkan. Bukan sahaja kebanyakan kemudahan yang disediakan seperti tandas awam rosak dan bumbung kopak serta tercabut, tiangnya patah dan tumbang. Tetapi yang agak peliknya, sebatang sungai yang mengalirkan air dari air terjun itu yang setia mengalir berdekatan bukit berkenaan, kini telah mengalir di bahagian tengah jeram itu pula. Bukan itu sahaja, keadaan pasirnya yang putih telah semakin landai dan runtuh, tidak sebagaimana foto yang dirakam pada 24.9.2011 dulu.
Foto ini dirakam di Hutan Lipur dan Air Terjun Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan pada 26.8.2015.

Tandas awam rosak dan bumbung kopak.
Sebuah premis rosak teruk.
Tanah dan pasir runtuh membentuk caruh air.
Aliran air terjun mengalir di bahagian tengah jeram dan pasir (sebelum ini di tepi bukit).
Tunggul dan kayu hanyut terdampar berdekatan jeram.
Laluan air terjun asal (dulunya kawasan ini adalah Sungai Rek, alirannya berdekatan bukit). Kini telah kering.
Sungai Rek (aliran air terjun asal, foto pada 24.9.2011).
Pokok buluh liar sebagai bukti tumbuh subur berhampiran Sungai Rek berdekatan bukit itu (foto pada 24.9.2011).
Foto ini dirakam di Hutan Lipur dan Air Terjun Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan pada 26.8.2015.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan