REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Rabu, 16 Disember 2015

Selesa Tanpa Topi Keledar


SELESA TANPA TOPI KELEDAR

BACHOK, KELANTAN: Generasi muda hari ini memang berani dan tidak berfikir panjang menurut yang sepatutnya. Mereka kenal bahaya bakal berlaku jika cuai, namun disebabkan hati menuntut untuk berkeadaan selesa menyebabkan mereka meletakkannya di belakang.

Satu hal yang paling jelas adalah pemakaian topi keledar. Generasi muda hari ini, baik lelaki dan gadis-gadis remaja tidak pernah berasa bimbang jika menunggang motosikal di laluan umum tanpa memakai topi keledar itu bakal mengundang akibatnya. Tetapi itulah hakikatnya, amat selesa apabila menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar biarpun kepala terdedah dengan kemungkinannya.
 
Bahaya pasti mengundang jika menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar seperti terbabas.

Foto ini dirakam di Kampung Wakaf Zain, Bachok, Kelantan pada 14.12.2015.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Pelepasan Asap Kenderaan


PELEPASAN ASAP KENDERAAN

MACHANG, KELANTAN: Kata sesetengah pendapat, asap putih bahaya kepada alam sekitar dari asap hitam. Tetapi, apabila dikatakan asap, tentunya membahayakan alam sekitar apatah lagi terhadap kesihatan manusia. Disebabkan asap dilepaskan ke udara manakala udara pula disedut oleh hidung manusia sebagai pernafasan, jadi apa yang disedut dan dihidu oleh hidung manusia itu adalah asap bukannya udara kerana asap telah bercampur dengan udara.

Asap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan yang menggunakan minyak petrol mahupun diesel adalah memang bahaya kepada kualiti udara. Pelepasan asap ke udara akan mengakibatkan pencemaran udara, apatah enjin kenderaan tidak pernah diselenggarakan akan tentunya akan mengeluarkan asap yang banyak.
 
Enjin kenderaan yang tidak diberikan perhatian akan mengeluarkan asap yang terlalu banyak.
 
Foto ini dirakam di Kampung Labok, Machang, Kelantan pada 13.12.2015.
 
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Rabu, 9 Disember 2015

Tiada Sistem Longkang


TIADA SISTEM LONGKANG

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Sistem longkang, perparitan dan pembetung perlu dibina di mana-mana taman perumahan dan premis perniagaan. Jika sistem ini gagal diwujudkan atau terbiar setelah pembinaannya tentunya akan melumpuhkan dan mendatangkan berbagai masalah di kawasan terbabit.

Di antara masalah yang bakal berlaku di kawasan perumahan yang tidak diwujudkan sistem berkenaan ialah apabila hujan lebat turun dengan berturut-turut, pastinya air melimpah dan memenuhi ruang dan melimpah di beberapa kawasan lain pula. Air ini tidak mengalir secara sempurna kerana diganggu atau tersekat akibat ketiadaan sistem yang sepatutnya.

Hal inilah yang berlaku di kawasan perumahan di Kampung Kubang Palas dekat sini akibat ketiadaan longkang, perparitan dan saluran air buang  yang sepatutnya diwujudkan. Setiap kali hujan turun, pastinya kawasan terbabit dilimpahi air hujan.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah Tumpat (MDT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memainkan peranan utama supaya masalah air bertakung disebabkan ketiadaan longkang, saluran pembetung itu dapat diwujudkan.





Sistem longkang, perparitan dan pembetung perlu dalam mana-mana taman perumahan dan premis perniagaan.

Foto ini dirakam di Kampung Kubang Palas, Wakaf Baharu, Kelantan pada 29.11.2015.

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Mana Topi Keledar?


MANA TOPI KELEDAR?

PASIR MAS, KELANTAN: Topi keledar adalah alatan keselamatan yang dapat membantu penunggang dan pembonceng motosikal jika berlaku sesuatu kejadian nahas. Dengan adanya topi keledar, jika berlaku nahas atau terbabas, bahagian kepala anggota terawal yang menerima natijahnya.
 
Jika penunggang dan pembonceng motosikal mengenakan topi keledar ketika berada di jalan raya, dengan tiba-tiba hari tersebut berlaku kejadian yang tidak diingini seperti "nahas", pastinya bahagian kepala akan bebas dari terhantuk jalan apabila tubuh terpelanting atau tergolek. Tetapi jika tidak memakainya, pastinya jika kepala terhantuk kecederaan pasti dialami.
 
Namun, lazimnya kebanyakan penunggang dan pembonceng motosikal hari ini sama ada kanak-kanak, golongan muda mudi, malah ada juga di kalangan ibu-ibu yang menunggang dengan memboncengkan anak-anak mereka yang juga tidak memakai topi keledar seolah-olah tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Apatah lagi kononnya, memakai topi keledar amat menyusahkan.
 
Sebagaimana penunggang dan pembonceng motosikal yang melalui Kampung Tal Tujoh, Pasir Mas, Kelantan ini tidak patut dicontohi. Ini kerana, caranya itu boleh membahayakan nyawanya sendiri apatah lagi bahagian yang mudah terdedah dengan bahaya nahas bagi motosikal adalah kepalanya.
 
Bahaya menunggang dan membonceng motosikal tanpa topi keledar.
 
Foto ini dirakam di Kampung Tal Tujoh, Pasir Mas, Kelantan pada 29.11.2015.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Selasa, 8 Disember 2015

Kg.Teresek Dinaiki Air


KG. TERESEK DINAIKI AIR

PASIR MAS, KELANTAN: Kampung Teresek yang letaknya di kawasan rendah dan berhampiran di antara Rantau Panjang dan Sungai Golok telah dinaiki air baru-baru ini.
 
Sebahagian laluan umum di kampung ini tidak dapat dilalui apabila air melintasi dan menenggelamkan tempat-tempat yang rendah seperti di sebuah ladang getah di kampung ini turut dinaiki air.
 
Laluan penduduk di Kampung Teresek turut dinaiki air.


 Sebuah ladang getah di Kampung Teresek juga dinaiki air.

Foto ini dirakam di Kampung Teresek, Pasir Mas, Kelantan pada 29.11.2015.
 
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Jual Ikan Darat


JUAL IKAN DARAT

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Kesungguhan adik Abdul Razif, 13, yang bersifat ringan tulang untuk membantu dan menyara selain untuk simpanan dan belanja persekolahannya patut diberikan pujian.

Beliau yang ditemui Wartawan HARIAN DETIK, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim di laluan Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang dekat sini tidak segan dengan usahanya itu walaupun ketika kami mendekati, beliau seolah-olah ingin melarikan diri kerana malu.

Kesungguhan adik Abdul Razif ini patut dicontohi kerana anak-anak lain sibuk bercuti, bergurau-senda dan gelak ketawa sambil mengetik telefon mudah alih dengan kawan-kawan, namun dia tidak seperti itu untuk membuang masa.
 


Hanya tinggal sebahagian ikan darat yang berjaya dijualnya.

Foto ini dirakam di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan pada 29.11.2015.
 
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Ahad, 6 Disember 2015

Kg. Salor Di Jeli?


KG. SALOR DI JELI?

JELI, KELANTAN: Lazimnya, Kampung Salor hanya terdapat di Kota Bharu, Kelantan. Tetapi tahukah anda bahawa, Kampung Salor juga terdapat di Jeli, Kelantan.

Apa pun, Kampung Salor, Jeli adalah kawasan yang memunyai bukit, semak-samun dan hutan tebal. Apabila petang menjelang, kita akan dapat rasakan tiupan bayu yang menyegarkan. Namun, sesuatu yang penting ialah Kampung Salor, Jeli memang kaya dengan hasil hutannya yang boleh dijadikan ulam dan sebagai sumber pendapatan penduduknya iaitu "petai".
 

 
Foto ini dirakam di Kampung Salor, Jeli, Kelantan pada 25.11.2015.
 
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM

Lembu Berkeliaran Di Jalan Raya


LEMBU BERKELIARAN DI JALAN RAYA

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Lembu adalah haiwan yang hanya ada kepala tetapi otaknya tidak boleh berfikir kerana tidak dianugerahkan sebagaimana manusia. Sementelah pula ada mulut, tetapi tidak boleh bercakap.

Jika manusia tambat di situ, lembu akan sentiasa berada di situ, sama ada diberi atau tidak diberi makan dan minum atau berhujan, berpanas dan berembun selama manapun, lembu akan tetap di situ. Apatah lagi jika tidak ditambat dan berkeliaran bebas. Lembu tidak berkata apa-apa.

Sebab itulah, jika pemiliknya tahu menjaga lembu, dia akan sentiasa memberikan makan dan minum menurut masanya. Ini kerana, jika tidak diberi makan dan minum, kesihatan haiwan berkenaan akan terganggu, tubuh kurus dan tidak bermaya. Akibatnya kualiti daging tidak seberapa. Tetapi, manusia hanya memerlukan daging dan wang dari lembu itu, namun malas untuk menjaganya.
 
Jika manusia sebagai pemilik itu tahu dengan tanggungjawabnya menjaga lembu, tentunya selain memberikan makan dan minum, pemilik lembu itu pula akan sentiasa memberikan perhatian untuk menambatnya supaya tidak berkeliaran ke merata-rata tempat apatah lagi berkeliaran di kawasan jalan raya tempat laluan manusia. Jika pemiliknya tidak tahu tentang tanggungjawabnya terhadap lembu-lembu miliknya, otak manusia itu adalah "otak" lembu.
 
Lihatlah lembu-lembu dibiarkan bebas dan berkeliaran di jalan raya dengan tidak ditambat di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan.
 
Lembu-lembu ini berkeliaran, bebas dan baharu saja melintasi jalan raya.
 
Foto ini dirakam di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan pada 25.11.2015.
 
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Cubaan Curi Kenderaan


CUBAAN CURI KENDERAAN

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Cubaan mencuri dan melarikan kenderaan gagal. Kejadian yang berlaku di Jambatan Sultan Yahya Petra yang baharu di Kampung Pasir Pekan dekat sini petang tadi turut disaksikan oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan terbabit.
 



Laluan dekat Jambatan Sultan Yahya Petra.

 Orang ramai berkerumun untuk melihat kejadian itu.
 
 Foto ini dirakam pada 16.11.2015.
 
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
 
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM