JUAL IKAN DARAT
RANTAU PANJANG, KELANTAN: Kesungguhan adik Abdul Razif, 13, yang bersifat ringan tulang untuk membantu dan menyara selain untuk simpanan dan belanja persekolahannya patut diberikan pujian.
Beliau yang ditemui Wartawan HARIAN DETIK, Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamal Ibrahim di laluan Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas di
Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang dekat sini tidak segan dengan usahanya itu walaupun ketika kami mendekati, beliau seolah-olah ingin melarikan diri kerana malu.
Kesungguhan adik Abdul Razif ini patut dicontohi kerana anak-anak
lain sibuk bercuti, bergurau-senda dan gelak ketawa sambil mengetik
telefon mudah alih dengan kawan-kawan, namun dia tidak seperti itu untuk
membuang masa.
Hanya tinggal sebahagian ikan darat yang berjaya dijualnya.
Foto ini dirakam di Kampung
Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan pada 29.11.2015.
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan