REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 18 Mac 2016

Aedes: Semburan Kabus


AEDES: SEMBURAN KABUS

SEMBURAN asap atau kabus (fogging) mungkin akan dilakukan secara lebih kerap jika kawasan yang disyakki terlibat dengan denggi apatah lagi jika ada mangsa demam denggi dilaporkan. Cuma, kalau imbas kembali kepada zaman dulu, tiada semburan sebegini kerana pada masa itu nyamuk denggi tidak mengenal lokasi atau mungkin juga tiada tempat untuk membiak.

Hairannya, kenapa serangan nyamuk aedes dan demam denggi tidak berlaku di zaman dulu? Kenapa pula di zaman ini? Adakah berpunca dari sikap masyarakat kita (masyarakat zaman moden) yang memandang remeh tentang kebersihan, menyebabkan air bertakung, melonggok dan membuang sampah sesuka hati? Atau adakah serangan aedes kerana banyaknya berlaku gejala sosial dan maksiat yang semakin berleluasa?

Walau bagaimanapun, adakah dianggap relevan, untuk menghapuskan nyamuk aedes dengan sekadar semburan kabus. Difahamkan, semburan asap berkenaan dikatakan tidak berupaya membunuh nyamuk aedes kerana bahan yang menghasilkan asap itu adalah dari minyak benzene? Atau mungkin juga nyamuk aedes yang hidup di zaman moden ini telah semakin kebal dengan semburan kabus akibat tempat pembiakan yang terbiar dan terkawal dari gangguan manusia? Walaupun semburan kabus pada waktu petang sebelumnya, dua atau tiga hari nyamuk biasa pun semakin banyak keluar dari tempat persembunyian apatah lagi dengan nyamuk aedes?

Kenapa aedes membiak dan adakah aedes membiak di kawasan setempat saja. Tidakkah nyamuk aedes ini boleh terbang jauh. Jika nyamuk ini dapat terbang jauh dan membiak di kawasan baharu pula, bermakna punca sebenar aedes adalah di tapak pelupusan atau tapak longgokan sampah milik PBT kerana tapak pelupusan sampah inilah yang terbesar. Walaupun tapak pelupusan sampah itu tertutup, tetapi hanya tertutup untuk manusia, sedangkan nyamuk aedes sentiasa terbuka, serangga ini boleh terbang keluar masuk dan ke mana saja menurut serangga itu ingin menetap dan hidup.

Justeru, adalah wajar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) apatah lagi Kementerian Kesihatan melalui Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor perlu membuat kajian terkini tentang sifat nyamuk aedes ini atau memberikan perhatian terhadap tapak pelupusan sampah itu. Berkemungkinan punca sebenar pembiakan kerap nyamuk aedes disebabkan lokasi itu yang kurang diberikan perhatian, sedangkan pihak berkenaan hanya mengesyakki kejadian serangan aedes di kawasan setempat semata-mata.









Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan