REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Jumaat, 24 Jun 2016

Zakat Fitrah Kelantan


ZAKAT FITRAH KELANTAN
(2016 M/1437 H)

KOTA BHARU, KELANTAN: Kadar zakat fitrah bagi seluruh Negeri Kelantan bagi tahun 2016 bersamaan 1437 H adalah RM7 seorang.

Di Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu kaunter zakat fitrah mula dibuka sejak lapan hari yang lalu. Bayaran berkenaan boleh dibuat selepas solat Jumaat dan selepas solat Asar setiap hari.





Kelihatan pembayar zakat beratur di ruang Kaunter Zakar, Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

Foto ini dirakam di Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 24.6.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Rabu, 22 Jun 2016

Selesanya Melonggok Sampah


SELESANYA MELONGGOK SAMPAH

MACHANG, KELANTAN: Laluan berhampiran Bukit Belah dekat Kampung Pertok, Temangan, Machang, Kelantan adalah lokasi yang sudah lama dilarang pihak Majlis Daerah Machang (MDM) sebagai tempat membuang dan melonggok sampah.

Namun, sikap dan tangan-tangan gatal manusia yang tidak mengetahui bahan buangan dari rumah itu membahayakan alam sekitar dan kesihatan manusia menjadikan individu yang tidak tahu apa-apa begitu selesa membuang dan melonggok sampah di kawasan terbabit.

Mungkin mereka membawa sampah itu dengan menunggang motosikal atau dibuang dari atas kenderaan, namun ketahuilah perbuatan sedemikian menyebabkan laluan berkenaan menjadi kotor, menyesakkan pandangan dan berbau busuk.

Justeru, cara terbaik untuk melonggok sampah ialah dengan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukannya mencampakkan sampah ke lokasi yang dilarang itu.


 Sampah masih dibuang di lokasi ini walaupun tempat larangan buang dan melonggok sampah.

Foto ini dirakam di laluan umum dekat Kampung Pertok, Temangan, Machang, Kelantan pada 21.6.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Bantulah Rakyat Palestin


BANTULAH RAKYAT PALESTIN

KOTA BHARU, KELANTAN: Kunjungan pihak Aman Palestin (Cawangan Kelantan) ke Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu pada 17 Jun, 2016 lalu bukan saja merapatkan hubungan di antara AJK Masjid serta jemaah masjid terbabit. Namun, sesuatu yang diharapkan daripada jemaah dari negara ini khususnya di Kampung Lundang adalah supaya muslimin dan muslimat dapat membantu meringankan beban yang terpaksa digalas oleh kebanyakan penduduk Islam Palestin yang ditindas oleh pihak Israel dan dihina pula oleh penduduk Yahudi apabila masjid yang menjadi kebanggaan seluruh umat Islam dikenali "Masjid Al-Aqsa" telah dilarang dimasuki oleh puak-puak Yahudi dan Israel serta sekutunya.

Bukan sahaja penduduk Islam Palestin dihina, namun mereka turut dipenjarakan atas sebab mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Penduduk Islam Palestin yang ditahan itu kemudiannya dipenjarakan di bawah tanah (di kedalaman antara 1 hingga 4 kaki) dalam keadaan gelap-gulita bahkan tanpa udara pula. Sukarnya penduduk Islam Palestin untuk melakukan solat ketika dipenjarakan di bawah tanah itu disebabkan suasana yang terlalu gelap kerana pihak Israel tidak memasang lampu. Jadi, penduduk Islam Palestin yang ingin melakukan solat, terpaksa menggunakan minda untuk melihat masuknya waktu solat.

Justeru, ketika ditahan di penjara bawah tanah itu selain solat, penduduk Islam Palestin hanya dapat membaca Al-Quran kerana mereka dilarang keluar dari penjara itu apabila tentera Israel turut mengawal penjara itu.

Dalam hal ini, Aman Palestin berharap supaya umat-umat Islam yang berada di Malaysia dapat membantu dalam urusan kewangan dalam usaha membantu saudara-saudara Islam kita di sana di samping memanjatkan doa supaya saudara-saudara Islam dapat dilindungi oleh Allah S.W.T dari kekejaman tentera Zionis Israel.

Sumbangan derma sekadar yang termampu hendaklah dimasukkan ke dalam tabung Aman Palestin yang disediakan di ruang Masjid Mukim Lundang itu.

Seorang penduduk Palestin bersama wakil Aman Palestin (Cawangan Kelantan) sedang membicarakan tentang kemelut di Palestin.



Jemaah Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu sedang khusyuk mendengar penerangan dan bicara pihak Aman Palestin.



AJK dan jemaah Masjid Mukim Lundang sempat bersalaman dengan pihak Aman Palestin.



Di amtara tabung yang disediakan di Masjid Mukim Lundang.




Kakitangan Aman Palestin sedang membuat pameran kepada jemaah Masjid Mukim Lundang.

Foto ini dirakam di Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 17.6.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH