REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Rabu, 22 Jun 2016

Bantulah Rakyat Palestin


BANTULAH RAKYAT PALESTIN

KOTA BHARU, KELANTAN: Kunjungan pihak Aman Palestin (Cawangan Kelantan) ke Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu pada 17 Jun, 2016 lalu bukan saja merapatkan hubungan di antara AJK Masjid serta jemaah masjid terbabit. Namun, sesuatu yang diharapkan daripada jemaah dari negara ini khususnya di Kampung Lundang adalah supaya muslimin dan muslimat dapat membantu meringankan beban yang terpaksa digalas oleh kebanyakan penduduk Islam Palestin yang ditindas oleh pihak Israel dan dihina pula oleh penduduk Yahudi apabila masjid yang menjadi kebanggaan seluruh umat Islam dikenali "Masjid Al-Aqsa" telah dilarang dimasuki oleh puak-puak Yahudi dan Israel serta sekutunya.

Bukan sahaja penduduk Islam Palestin dihina, namun mereka turut dipenjarakan atas sebab mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Penduduk Islam Palestin yang ditahan itu kemudiannya dipenjarakan di bawah tanah (di kedalaman antara 1 hingga 4 kaki) dalam keadaan gelap-gulita bahkan tanpa udara pula. Sukarnya penduduk Islam Palestin untuk melakukan solat ketika dipenjarakan di bawah tanah itu disebabkan suasana yang terlalu gelap kerana pihak Israel tidak memasang lampu. Jadi, penduduk Islam Palestin yang ingin melakukan solat, terpaksa menggunakan minda untuk melihat masuknya waktu solat.

Justeru, ketika ditahan di penjara bawah tanah itu selain solat, penduduk Islam Palestin hanya dapat membaca Al-Quran kerana mereka dilarang keluar dari penjara itu apabila tentera Israel turut mengawal penjara itu.

Dalam hal ini, Aman Palestin berharap supaya umat-umat Islam yang berada di Malaysia dapat membantu dalam urusan kewangan dalam usaha membantu saudara-saudara Islam kita di sana di samping memanjatkan doa supaya saudara-saudara Islam dapat dilindungi oleh Allah S.W.T dari kekejaman tentera Zionis Israel.

Sumbangan derma sekadar yang termampu hendaklah dimasukkan ke dalam tabung Aman Palestin yang disediakan di ruang Masjid Mukim Lundang itu.

Seorang penduduk Palestin bersama wakil Aman Palestin (Cawangan Kelantan) sedang membicarakan tentang kemelut di Palestin.



Jemaah Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu sedang khusyuk mendengar penerangan dan bicara pihak Aman Palestin.



AJK dan jemaah Masjid Mukim Lundang sempat bersalaman dengan pihak Aman Palestin.



Di amtara tabung yang disediakan di Masjid Mukim Lundang.




Kakitangan Aman Palestin sedang membuat pameran kepada jemaah Masjid Mukim Lundang.

Foto ini dirakam di Masjid Mukim Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 17.6.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan