REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 5 Mei 2016

Jual Buah Asam


JUAL BUAH ASAM

WAKAF BAHARU, KELANTAN: Soal mencari rezeki bukanlah senang jika tiada tumpuan terhadapnya. Kesukaran itu wujud jika kita hanya mampu melakukan satu bidang saja, tetapi percayalah dengan berkat usaha dan tawakkal kepada Allah, tentunya akan menemui kejayaan juga.

Hari ini, bidang perniagaan menjadi cabaran besar buat masyarakat di negara ini yang baharu pertama kali menceburi dalam bidang perniagaan. Tidak kiralah melibatkan perniagaan besar, sederhana atau kecil, namun usaha itu perlu dilakukan jika tidak tiada apa-apa yang diperolehi.

Begitu halnya melihat kepada usaha yang dilakukan oleh warga emas yang bermotosikal itu yang bersusah payah untuk mencari rezeki buat dirinya sendiri, isteri dan anak-anaknya. Sebenarnya, dia tidak tahu adakah ada orang yang akan membeli "buah asam" yang dijualnya itu. Namun, dengan sedikit usaha, tentunya dia akan memperolehi peminat buah asam itu.

Usaha yang dilakukan warga emas ini patut dipuji semata-mata mencari rezeki untuk keluarganya.

Foto ini dirakam di Kampung Padang Tok Ku, Wakaf Baharu, Kelantan pada 2.5.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan