LOKASI ANJING BERPELESERAN
NEGERI SEMBILAN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Daerah Seremban
sepatutnya membuat pemantauan terhadap beberapa ekor anjing yang
berkeliaran dan menjolok mata di kawasan restoran dan kedai makan
orang-orang Islam di kawasan Taman Sri Sendayan, Seremban, Negeri
Sembilan.
Melihatkan tubuh anjing yang sering menggaru-garu tubuhnya yang gatal saja sudah memualkan, apatah lagi ketika pelanggan di restoran berhampiran sedang makan.
Dibimbangkan, jika tiada tindakan
diambil, anjing-anjing itu akan menjadikan kawasan itu sebagai tempat
berpeleseran yang bukan saja menjelekkan tetapi pastinya akan menyusahkan pemilik restoran dan kedai makan di kawasan itu.
Anjing-anjing ini bukan sahaja berpeleseran tetapi juga menggaru gatal dan tidur di kaki lima bangunan.
Foto ini dirakam pada 20.10.2016.
Foto ini dirakam pada 20.10.2016.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan