KUCING ENAM JARI
BESUT, TERENGGANU: Kucing enam jari. Tidak pernah lihat kucing ini
walaupun telah acap kali ke La Hot Spring. Tetapi pada 6.12.2016 (pagi),
tiba-tiba dua ekor kucing muncul menurut keluarga kami di jeram La Hot Spring dekat sini. Salah satunya kucing enam jari ini.
Terlalu jinak, meminta makanan, hulur dua ketul (seekor seketul).
Selepas makan, kucing ini tertidur, mungkin agaknya terlalu lapar sehinggakan sejauh itu, kucing ini mengekori dari belakang secara perlahan.
Kelihatan kaki kucing itu mempunyai enam jari.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan