REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Rabu, 29 Mac 2023

Kelantan Dilanda Musim Panas


 KELANTAN DILANDA MUSIM PANAS

KOTA BHARU, KELANTAN: Sejak tiga minggu yang lalu, Kelantan menghadapi bahang panas yang akan membawa kepada kemarau. Tanda-tanda kejadian ini berlaku apabila kabus pagi buat kali pertama yang agak sejuk mula kelihatan pada 12 Februari, 2023 dan kali kedua di awal bulan Mac 2023.

Selepas itu, bermulalah suasana panas dan kelihatan beberapa batang parit dan saliran mula mengering sedangkan sebelum ini situasi itu tidak berlaku.

Walaupun berita-berita yang disampaikan oleh pihak media elektronik, hujan akan turun di beberapa tempat terutamanya di bahagian pedalaman, namun situasi seperti itu tidak berlaku.

Jika kejadian musim panas yang membawa kemarau seperti ini terus berpanjangan, kemungkinan akan mengikuti situasi yang sama apabila Kelantan pernah dilanda kemarau pada tahun 2010 hingga 2013 dulu apabila di seluruh kawasan Kelantan mula mengering yang bukan sahaja di kawasan parit dan saliran, longkang tetapi juga di kawasan sawah-sawah padi.

 

Foto ini dirakam di Jalan Dato' Mekong, Kota Bharu, Kelantan pada 28.3.2023.

Tulisan dan Foto:

AZMI MOHD. SALLEH

Papan Tanda Lusuh dan Uzur


 PAPAN TANDA LUSUH DAN UZUR

KOTA BHARU, KELANTAN: Barangan yang lama sepatutnya diganti yang baharu, akan kelihatan elok mata memandangnya, manakala benda yang telah buruk, uzur dan lusuh itu perlu ditanggalkan kerana bukan sahaja kelihatannya yang mencacatkan pandangan.

Begitu halnya dengan sebuah papan tanda yang masih kelihatan berdiri gagah dan megah di laluan Kg. Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan itu didapati masih terpacak dan terpampang kepada umum di laluan tersebut. Ia sepatutnya sudah ditukar baharu kerana kegagalan pihak berkenaan mencerminkan kelemahan dan sikap tidak prihatin kepada hal semasa.

Foto ini dirakam di laluan Kg. Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan pada 7.3.2023.

Tulisan dan Foto:

AZMI MOHD. SALLEH