KOTA BHARU, KELANTAN: Sejak tiga minggu yang lalu, Kelantan menghadapi bahang panas yang akan membawa kepada kemarau. Tanda-tanda kejadian ini berlaku apabila kabus pagi buat kali pertama yang agak sejuk mula kelihatan pada 12 Februari, 2023 dan kali kedua di awal bulan Mac 2023.
Selepas itu, bermulalah suasana panas dan kelihatan beberapa batang parit dan saliran mula mengering sedangkan sebelum ini situasi itu tidak berlaku.
Walaupun berita-berita yang disampaikan oleh pihak media elektronik, hujan akan turun di beberapa tempat terutamanya di bahagian pedalaman, namun situasi seperti itu tidak berlaku.
Jika kejadian musim panas yang membawa kemarau seperti ini terus berpanjangan, kemungkinan akan mengikuti situasi yang sama apabila Kelantan pernah dilanda kemarau pada tahun 2010 hingga 2013 dulu apabila di seluruh kawasan Kelantan mula mengering yang bukan sahaja di kawasan parit dan saliran, longkang tetapi juga di kawasan sawah-sawah padi.
Foto ini dirakam di Jalan Dato' Mekong, Kota Bharu, Kelantan pada 28.3.2023.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan