REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 27 April 2013

Tukar Kerajaan PAS


TUKAR KERAJAAN PAS

KOTA BHARU, KELANTAN: BN/UMNO optimis "menukar" dan "merampas" kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang dianggap lemah, tidak berwibawa dan tidak mampu menjadi sebuah negeri maju sejak 23 tahun lalu walaupun telah diberikan mandat oleh rakyat Kelantan sejak tahun 1990.
 
Ini jelas sejak pihak berkenaan mentadbir Kelantan tiada berlaku perubahan yang ketara malah pembangunan yang wujud tidak sampai kepada rakyat pada keseluruhannya. Penduduk wargakota khususnya yang tinggal di bandar Kota Bharu mungkin tidak merasai apa-apa kerana terdiri dari golongan berada dan mewah berbanding dengan penduduk kampung dan bahagian pedalaman yang masih lagi dalam taraf miskin dan daif. Sewajarnya penduduk-penduduk berkenaan dibantu, namun bagaimana mereka dapat dibantu kerana pemimpin-pemimpin PAS yang diberikan mandat dan amanah untuk mengurus kerajaan negeri begitu "pemalu" untuk melihat keadaan mereka.

Mentadbir dan mengurus sesebuah negeri misalnya bukanlah perkara yang mudah dan akan dapat dilakukan dengan lebih sempurna apabila pemimpin-pemimpin terbabit mempunyai ilmu dan pakar dalam mengurus dan mentadbir kerajaan negeri. Disebabkan "kegagalan" mereka didapati Kelantan seperti sebuah pekan, bukan sahaja masalah sampah tidak dapat diberikan perhatian, tetapi masalah pembangunan yang menyeluruh tidak dapat diberikan perhatian utama.

Hasil tinjauan di kampung-kampung, penduduk-penduduk terbabit berharap BN/UMNO merubah keadaan negeri Kelantan menjadi sebuah negeri maju setanding dengan negeri-negeri yang lain dan dapat mengelakkan jurang perbezaan di antara penduduk miskin dan golongan berada.

Walaupun pemimpin-pemimpin terbabit petah bercakap dan berceramah di atas pentas politik, namun semua itu dianggap tidak berguna kerana ceramah dan pandai bercakap seumpama itu tidak mendatangkan kebaikan dan boleh memberi makan kepada penduduk-penduduk yang memerlukannya. Ia sekadar menutup kelemahan dan menjerat minda penduduk-penduduk yang tidak mengerti apa-apa selain sebagai menabur janji-janji yang tidak pasti dapat ditunaikan bila.
 
Mesej BN/UMNO, replika meriam menghala ke arah pejabat Kota Darul Naim sebagai simbolik untuk menukar dan merampas kerajaan pimpinan PAS Kelantan.




Inilah "Kota Darul Naim" sebagai pejabat pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan yang dikatakan tidak berwibawa dan mampu mentadbir dengan baik.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 21 April 2013

Mesyuarat Agong COBE Ke-33


MESYUARAT AGONG COBE KE-33

KOTA BHARU, KELANTAN:  KIRA-KIRA 203 anggota Koperasi COBE Pantai Timur (COBE) hadir dalam Mesyuarat Agong Perwakilan Ke-33 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan pada 20 April, 2013 bertempat di Dewan MGU, Jalan Pintu Pong dekat sini.

Sebelum mesyuarat agong berlangsung, majlis penerangan tentang koperasi Angkasa telah disampaikan oleh Setiausaha Agong Koperasi Angkasa Kelantan, Mohd. Zain Abdul Halim.

Mesyuarat Agong yang dirasmikan oleh Naib Presiden merangkap Naib Pengerusinya, Mohd. Zain Abdullah telah memilih 10 perwakilan ke Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-34 terdiri daripada Ghazali Dollah (CIMB Bank), Suriani Ismail (RHB), Fauzi Seman (CIMB Bank), Wan Mohd. Affandi Hussin (HSBC), Zukri Ismail (CIMB Bank), Mohd. Azizul Fouzi (AffinBank), Che Hassan Che Muhammad (Maybank), Norizan (CIMB Bank), Zamri Hussain (HSBC) serta Mohd. Iffin (BMMB).

Setiausaha Agong Angkasa Kelantan, Mohd. Zain Abdul Halim sedang memberikan taklimat tentang Koperasi Angkasa.

Naib Pengerusi COBE, Haji Mohd. Zain Abdullah merasmikan Mesyuarat Agong COBE Ke-33.




Kira-kira 203 anggota COBE hadir dalam Mesyuarat Agong COBE Ke-33.

Foto ini dirakam dalam Dewan MGU, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan pada 20.4.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Isnin, 1 April 2013

Perhimpunan ABJAD Malaysia


PERHIMPUNAN ABJAD MALAYSIA

IPOH, PERAK:  PERSATUAN Warga Melayu dengan kerjasama Angkatan Bina Jati Diri (ABJAD Malaysia) dan Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat Malaysia telah mengadakan Perhimpunan Mesyuarat Agong Perwakilan Dwi Tahunan Sessi 2013, 2014 dan 2015 bertempat di Lata Ulu Chepor, Ipoh, Perak selama dua hari bermula 30 Mac sehingga 31 Mac, 2013.

Di antara program yang telah diatur pada hari Pertama (30.3.2013) selepas anggota ABJAD Malaysia yang meliputi 19 Cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak seperti Khatam Al-Quran, Nasyid Maharaja, Tazkirah dari Kitab "Futuhul Ghaib" karangan Sultan Wali, Sayyid Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani yang disampaikan oleh ulama dan Wali Kutub Zaman merangkap Guru Ijazah Pusat dan Yang Dipertua ABJAD Malaysia, Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Che Din. Manakala pada sebelah malamnya diadakan acara mandi minyak.

Pada hari Kedua (31.3.2013) selepas Tazkirah, diadakan acara Musabaqah Silat yang dirasmikan oleh Timbalan Guru Ijazah Pusat Merangkap Timbalan Yang Dipertua ABJAD Malaysia, Ustaz Haji Idris bin Haji Mahamud yang diadakan di gelanggang silat berhampiran. Kira-kira 19 Cawangan Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat telah turut serta dalam Musabaqah Silat berkenaan.

Papan tanda arah dan pintu masuk Lata Ulu Chepor, Ipoh, Perak.


Sebahagian anggota-anggota ABJAD Malaysia terdiri dari 19 Cawangan.

Tazkirah yang disampaikan oleh Yang Dipertua ABJAD Malaysia, Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Che Din dari Kitab "Futuhul Ghaib" karangan Sultan Wali, Sayyid Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani.


Anggota ABJAD Malaysia sedang mendengar syarahan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Haji Che Din.



Panel Hakim Musabaqah Silat sedang berbincang.

Ucapan dan Perasmian Musabaqah Silat oleh Timbalan Guru Ijazah Pusat Merangkap Timbalan Yang Dipertua ABJAD Malaysia, Ustaz Haji Idris bin Haji Mahamud.


Sebahagian kumpulan silat ABJAD Malaysia.


Persembahan silat dari ABJAD Kelantan.

Foto ini dirakam di Lata Ulu Chepor, Ipoh, Perak pada 30.3.2013 dan 31.3.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH