TUKAR KERAJAAN PAS
KOTA BHARU, KELANTAN: BN/UMNO optimis "menukar" dan "merampas" kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang dianggap lemah, tidak berwibawa dan tidak mampu menjadi sebuah negeri maju sejak 23 tahun lalu walaupun telah diberikan mandat oleh rakyat Kelantan sejak tahun 1990.
Ini jelas sejak pihak berkenaan mentadbir Kelantan tiada berlaku perubahan yang ketara malah pembangunan yang wujud tidak sampai kepada rakyat pada keseluruhannya. Penduduk wargakota khususnya yang tinggal di bandar Kota Bharu mungkin tidak merasai apa-apa kerana terdiri dari golongan berada dan mewah berbanding dengan penduduk kampung dan bahagian pedalaman yang masih lagi dalam taraf miskin dan daif. Sewajarnya penduduk-penduduk berkenaan dibantu, namun bagaimana mereka dapat dibantu kerana pemimpin-pemimpin PAS yang diberikan mandat dan amanah untuk mengurus kerajaan negeri begitu "pemalu" untuk melihat keadaan mereka.
Mentadbir dan mengurus sesebuah negeri misalnya bukanlah perkara yang mudah dan akan dapat dilakukan dengan lebih sempurna apabila pemimpin-pemimpin terbabit mempunyai ilmu dan pakar dalam mengurus dan mentadbir kerajaan negeri. Disebabkan "kegagalan" mereka didapati Kelantan seperti sebuah pekan, bukan sahaja masalah sampah tidak dapat diberikan perhatian, tetapi masalah pembangunan yang menyeluruh tidak dapat diberikan perhatian utama.
Hasil tinjauan di kampung-kampung, penduduk-penduduk terbabit berharap BN/UMNO merubah keadaan negeri Kelantan menjadi sebuah negeri maju setanding dengan negeri-negeri yang lain dan dapat mengelakkan jurang perbezaan di antara penduduk miskin dan golongan berada.
Walaupun pemimpin-pemimpin terbabit petah bercakap dan berceramah di atas pentas politik, namun semua itu dianggap tidak berguna kerana ceramah dan pandai bercakap seumpama itu tidak mendatangkan kebaikan dan boleh memberi makan kepada penduduk-penduduk yang memerlukannya. Ia sekadar menutup kelemahan dan menjerat minda penduduk-penduduk yang tidak mengerti apa-apa selain sebagai menabur janji-janji yang tidak pasti dapat ditunaikan bila.
Mesej BN/UMNO, replika meriam menghala ke arah pejabat Kota Darul Naim sebagai simbolik untuk menukar dan merampas kerajaan pimpinan PAS Kelantan.
Inilah "Kota Darul Naim" sebagai pejabat pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan yang dikatakan tidak berwibawa dan mampu mentadbir dengan baik.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan