MESYUARAT AGONG COBE KE-33
KOTA BHARU, KELANTAN: KIRA-KIRA 203 anggota Koperasi COBE Pantai Timur (COBE) hadir dalam Mesyuarat Agong Perwakilan Ke-33 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan pada 20 April, 2013 bertempat di Dewan MGU, Jalan Pintu Pong dekat sini.
Sebelum mesyuarat agong berlangsung, majlis penerangan tentang koperasi Angkasa telah disampaikan oleh Setiausaha Agong Koperasi Angkasa Kelantan, Mohd. Zain Abdul Halim.
Mesyuarat Agong yang dirasmikan oleh Naib Presiden merangkap Naib Pengerusinya, Mohd. Zain Abdullah telah memilih 10 perwakilan ke Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-34 terdiri daripada Ghazali Dollah (CIMB Bank), Suriani Ismail (RHB), Fauzi Seman (CIMB Bank), Wan Mohd. Affandi Hussin (HSBC), Zukri Ismail (CIMB Bank), Mohd. Azizul Fouzi (AffinBank), Che Hassan Che Muhammad (Maybank), Norizan (CIMB Bank), Zamri Hussain (HSBC) serta Mohd. Iffin (BMMB).
Setiausaha Agong Angkasa Kelantan, Mohd. Zain Abdul Halim sedang memberikan taklimat tentang Koperasi Angkasa.
Naib Pengerusi COBE, Haji Mohd. Zain Abdullah merasmikan Mesyuarat Agong COBE Ke-33.
Kira-kira 203 anggota COBE hadir dalam Mesyuarat Agong COBE Ke-33.
Foto ini dirakam dalam Dewan MGU, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan pada 20.4.2013.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan