BARANGAN ELEKTRIK TIDAK BERMUTU
BENARKAH alat soket elektrik buatan Malaysia tidak bermutu? Sedangkan alatan berkenaan telah mendapat pengesahan SIRIM yang mungkin telah diuji. Pelekat SIRIM tidak boleh ditampal dengan sewenang-wenangya jika pihak SIRIM tidak mengesahkannya untuk dijual di pasaran.
Tetapi melihatkan ada soket elektrik ini yang didapati cair apabila digunakan, sudah tentu ia dihasilkan dari barangan yang bukan sahaja bermutu rendah tetapi tidak bermutu.
Selama ini kita menyalahkan barangan dari China dan Taiwan yang dikatakan bermutu rendah kerana cepat rosak. Namun, apa pula dengan barangan buatan Malaysia yang juga mudah rosak.
Penghasilan barangan elektrik yang cepat rosak ini boleh membahayakan penggunanya kerana ia boleh menyebabkan perkakasan elektrik lain turut rosak selain mengundang kebakaran yang lebih besar.
Pihak SIRIM perlu melihat perkara ini secara lebih berhemah dalam mengesahkan barangan elektrik yang dijual di pasaran betul-betul berkualiti dan bukannya berkualiti rendah atau tidak berkualiti.
Soket elektrik menjadi cair.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan