REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 12 November 2020

Papan Tanda Jalan Mengelirukan


 PAPAN TANDA JALAN MENGELIRUKAN

KOTA BHARU, KELANTAN: Papan tanda jalan agak penting sebagai panduan kepada pemandu kenderaan mahupun pelancong luar dari sesuatu tempat dan negeri itu. Jika tulisan pada papan tanda jalan itu jelas dan tepat, nescaya tujuan dan arah tuju ke destinasi yang diinginkan akan lebih cepat sampai.

Namun, jika papan tanda itu salah dan mengelirukan akan menyebabkan laluan berulang untuk memastikan adakah papan tanda yang dimaksudkan itu menghala ke destinasi yang ingin dituju.

Dalam hubungan ini, tulisan pada papan tanda itu hendaklah jelas dan tidak mengelirukan supaya orang ramai yang sedang memandu kenderaan atau pejalan kaki akan memperolehi maklumat dan panduan dari papan tanda itu.

Jika tulisan pada papan tanda itu telah uzur dan tanggal, ia perlulah dibaiki atau diperbetulkan dengan segera supaya arah ke destinasi mencapai tujuannya dengan cepat dan pantas.

Tetapi melihatkan suatu papan tanda di Berek 12, Kota Bharu, Kelantan ini yang tertera "Persimpangan Bepek 12" adalah mengelirukan kerana sepatutnya huruf "R" tertera di papan tanda itu. Namun, akibat telah tertanggal ia bertukar kepada huruf "P". Justeru, pengguna jalan raya yang peka dan prihatian akan dapat mengesan tentang kesalahan dan kekeliruan itu.

Justeru dalam hubungan ini, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memperbetulkan papan tanda yang didapati telah mengelirukan itu dengan segera.

Papan tanda ini sepatutnya "Persimpangan Berek 12" dan bukannya "Persimpangan Bepek 12", mengelirukan dan perlu diubah dengan segera.

Tulisan dan Foto:

AZMI MOHD.SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan