PENEMUAN PANTAI BAHARU
PASIR PUTEH, KELANTAN: Kira-kira 11 buah pantai tersohor dan paling dikenali di kalangan masyarakat Kelantan, malah pengunjung luar Kelantan juga turut berkunjung ke pantai-pantai berkenaan apabila mempunyai ruang masa.
Di antara pantai-pantai tersebut meliputi Pantai Cahaya Bulan (Kota Bharu), Pantai Dasar Sabak (Kota Bharu), Pantai Kundor (Kota Bharu), Pantai Mek Mas (Kota Bharu), Pantai Senok (Kota Bharu), Pantai Sri Tujoh (Tumpat), Pantai Geting (Tumpat), Pantai Irama (Bachok), Pantai Melawi (Bachok), Pantai Bisikan Bayu (Pasir Puteh) serta Pantai Tok Bali (Pasir Puteh).
Kesemua senarai pantai-pantai ini agak tidak selamat untuk tujuan mandi-manda walaupun pantai-pantai berkenaan dikatakan agak menarik sesetengah di kalangan pengunjung selain pantai-pantai tersebut juga yang cacat mata memandangnya kerana dicemari sampah yang dibuang oleh pengunjung yang "gatal tangan".
Namun, terdapat penemuan pantai baharu di mana pantai berkenaan yang masih belum diwartakan namanya yang hanya diberikan nama sendiri oleh penduduk di kawasan terbabit. Pantai yang menjadi sebutan di bibir mulut penduduk yang dimaksudkan dikenali "Pantai Besi Buruk" yang letaknya di Kampung Semerak dekat sini iaitu beberapa meter sahaja dari bangunan PLKN yang telah dirobohkan. Pesisir pantai ini boleh dilalui ke Pantai Bisikan Bayu dan Pantai Tok Bali.
Sesuatu yang menarik di Pantai Besi Buruk ini ialah ia boleh dijadikan sebagai tempat mandi-manda yang agak selamat kerana pernah beberapa penduduk yang mandi sampai ke tengah pantai itu kerana kedalaman airnya agak cetek berbanding pantai-pantai lain di Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan