REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 15 November 2020

Pantai Tok Bali Kotor


 PANTAI TOK BALI KOTOR

PASIR PUTEH, KELANTAN: Sesebuah pantai itu akan kelihatan menarik mata memandang jika ia sentiasa diberikan perhatian yang sewajarnya. Cacatnya mata memandang apabila sikap dan karenah segelintir di kalangan pengunjung yang membuang sampah di merata-rata tempat dan sesuka hati akan memburukkan keadaan pantai itu.
 
Dalam keadaan mana sekalipun, disebabkan pantai tempat tumpuan umum sebagai suatu anugerah dari Allah S.W.T kepada manusia supaya manusia dapat menikmati dan menjaga anugerah dan nikmat-Nya itu sebaik mungkin, adalah wajar atas pantai perlu sentiasa dalam keadaan bersih supaya udara yang dihirup manusia juga dalam keadaan bersih dan nyaman.
 
Kita jangan menganggap bahawa, hanya makanan kesihatan dan ubat-ubatan sahaja yang boleh dijadikan penawar penyakit dengan menafikan keistimewaan pantai sebagai keperluan kesihatan manusia.
 
Tetapi pantai juga alam ciptaan Allah yang terbaik untuk merawat kesihatan manusia melalui udara dan persekitarannya yang harmoni. Allah S.W.T tiupkan udara nyaman dan segar di kawasan itu supaya kalangan manusia dapat bertumpu di situ dan dalam masa yang sama untuk menikmati alam ciptaan Allah ini dan bersyukur dengan kejadian-Nya.
 
Namun, melihatkan pantai-pantai di negara kita khususnya di Kelantan hari ini yang seolah-olah "hidup segan mati tak mahu" kerana kebersihannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, maka adalah sewajarnya ia sentiasa diberikan perhatian.
 
Lihat saja Pantai Tok Bali hari ini apabila difahamkan batang paip untuk menyalurkan gas walaupun telah diganti baharu, namun batang paip gas yang lama masih terdampar di pinggir pantai itu.Apabila ombak besar dan air pasang menggugah pinggir pantai, air yang tidak sempat kering itu akan menjadikan lopak yang loya untuk memandangnya.
 
Sesuatu yang mencacatkan pandangan pula adalah tentang batang paip gas itu yang sepatutnya diuruskan ketika pemasangan batang paip gas yang baharu telah siap itu. Tetapi disebabkan tidak caknanya pihak terbabit, ia masih terperap di situ yang menyebabkan karat pada batang-batang paip gas itu akan merekah lalu memasuki lautan.

Batang paip yang difahamkan untuk menyalurkan gas dibiarkan terbiar merekah dan reput serta keadaan pinggir pantai yang tidak menarik.

Tulisan dan Foto:

AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan