PASIR PUTEH, KELANTAN: Pantai Bisikan Bayu yang letaknya di daerah Kampung Semerak, Pasir Puteh Kelantan kini telah berubah wajah berikutan pengunjung telah mula membanjiri pantai berkenaan yang asalnya sebuah lokasi perkelahan tersohor sekitar tahun 1970-an dulu.
Menyingkap wajah pantai ini pada tahun 1970-an dulu, ia agak tersohor dan sering menerima pengunjung tanpa mengira masa. Namun, tumpuan paling ramai ke pantai ini adalah pada hari-hari cuti. Pengunjungnya terdiri daripada badan-badan NGO, pelajar sekolah dan juga persatuan penulis.
Selepas itu, pantai ini terus terbiar ibarat "hidup segan mati tak mahu" kerana pengunjung tidak lagi ke pantai ini kerana tiadanya daya tarikan mereka ke sini. Walaupun beberapa tandas, tempat menukar pakaian dan beberapa wakaf rehat dibina, namun kesemua kemudahan asas untuk pengunjung itu akhirnya uzur. Penyebabnya, tandas tidak boleh digunakan kerana ketiadaan air. Manakala keadaan di dalam tandas itu menjadi hancing dan hapak.
Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri perlu melihat hal ini secara lebih dekat dan Belanjawan 2021 perlu disalurkan untuk mencantikkan pantai ini supaya tidak lagi berulangnya "pantai terbiar".
Pantai Bisikan Bayu ini perlu diberikan nafas baru dan sentiasa diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat supaya tidak lagi terus terbiar.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan