JALAN SESAK, SIAPA PUNCANYA?
KOTA BHARU, KELANTAN: PEMBINAAN laluan baru adalah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya berikutan tumpuan orang ramai ke pusat-pusat bandar termasuk laluan keluar ke beberapa destinasi. Namun, kesesakan berkenaan tidak mungkin dapat diatasi walaupun dengan pembinaan jalan raya bertingkat yang kini sedang giat dijalankan dan hampir siap yang menghubungkan Kota Bharu - Pasir Pekan.
Walaupun laluan berkenaan kelihatan baru, namun kesesakan semakin ketara disebabkan laluannya agak sempit yang mungkin tidak dapat menampung kenderaan yang terlalu besar dan dalam jumlah yang banyak. Apatah lagi, kesesakan berkenaan pastinya akan terus menjadi masalah apabila pihak polis trafik meletakkan anggotanya di situ untuk melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang melalui kawasan berkenaan. Tindakan sedemikian bukan sahaja tidak wajar dan tidak sesuai yang tentunya akan menyebabkan pergerakan kenderaan menjadi perlahan tetapi hakikatnya telah mengganggu aliran trafik dan akhirnya berlakunya kesesakan sedemikian.
HARIAN DETIK merasakan, tiada gunanya membina laluan baru mahupun jalan bertingkat dalam usaha untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pastinya tidak akan dapat diatasi jika alirannya diganggu.
Foto ini dirakam di bawah jalan bertingkat di Kampung Sireh yang menghubungkan laluan Kota Bharu - Pasir Pekan pada 16.2.2013.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan