REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Ahad, 17 Februari 2013

Papan Tanda: Biar Jelas


PAPAN TANDA: BIAR JELAS

KOTA BHARU, KELANTAN:  PEMASANGAN papan tanda arah jalan amat penting sebagai salah satu kemudahan kepada pemandu kenderaan. Dengan adanya papan tanda sedemikian dapat mengelakkan pemandu tersesat haluan dan pergerakan mereka juga akan berjalan lancar.

Namun begitu, dalam kawasan bandar didapati ada beberapa papan tanda arah jalan yang dipasang dianggap terlindung. Bagi pemandu yang di dalam kenderaan pastinya tidak akan jelas jika papan tanda sedemikian dipasang dengan cara itu, pada hal dalam kawasan bandar didapati amat kurang pokok dijadikan sebagai hiasan utama bandar, kecuali di kawasan pedalaman.

Tetapi, lihatlah sebuah papan tanda yang dipasang di laluan antara Kota Bharu - Pasir Pekan ini yang bukan sahaja dipasang di bawah pokok yang merimbun, sebaliknya turut dihadang atau terlindung oleh tiang lampu. Bagi pemandu yang sudah biasa melalui laluan terbabit pastinya tidak akan menimbulkan sebarang masalah kerana mereka telah mengetahui tentang hal itu. Namun, bagaimana pula bagi pemandu kenderaan yang baharu pertama kali melalui jalan tersebut.

Bagi HARIAN DETIK, sepatutnya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) peka tentang hal sedemikian. Kerana melihat papan tanda tersebut menunjukkan papan tanda berkenaan ingin berlindung dari panas matahari dan hujan, hal seumpama ini tidak sepatutnya berlaku jika pihak terbabit melakukan kerja-kerja mereka secara yang bersistem dan terancang.

Foto ini dirakam di laluan Kota Bharu - Pasir Pekan dekat Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan pada 17.2.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan