REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Selasa, 12 Februari 2013

Sampah: Sikap Kita


SAMPAH: SIKAP KITA

KOTA BHARU, KELANTAN:  MASYARAKAT kita khususnya di negeri Kelantan dianggap pengotor. Walaupun diri mereka bersih, namun hakikatnya segelintir di kalangan mereka tidak menghargai alam sekitar. Mereka dengan mudah membuang dan melonggok sisa buangan dari rumah seperti sampah, tin-tin aerosol, bekas-bekas makanan, puntung-puntung dan kotak-kotak rokok di merata tempat sama ada dicampakkan dalam semak di hadapan rumah, dibuang ke dalam parit, longkang, sungai, tasik dan lautan.

Sampah bukan sahaja dibuang sewenang-wenang dan sesuka hati ke dalam semak, malah ada yang mencampakkan bungkusan makanan ke tempat-tempat kunjungan orang ramai sama ada taman rekreasi, tempat-tempat perkelahan seperti jeram dan di kawasan air terjun.

Terbaru, hasil tinjauan HARIAN DETIK, sampah dengan mudah dilonggokkan di kawasan taman rekreasi. Taman yang telah menjadi mangsa ialah Taman Rekreasi Lubok Mulong yang terletak di Lorong Bawah Lembah, Jalan Telipot dekat sini sejak dua minggu lalu.

Semenjak Taman Rekreasi Lubok Mulong boleh digunakan oleh orang ramai sejak sembilan tahun lalu, keadaan taman berkenaan agak cantik. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat, lampu malam, pokok-pokok hiasan untuk menambahkan ceria taman ini. Tetapi hari, segala kemudahan itu telah musnah disebabkan sikap segelintir di kalangan kita yang merosakkan harta awam.

Hari ini, tabiat membuang dan melonggok sampah ke taman ini menjadi suatu kelaziman pula. Keadaan ini bukan sahaja mencacatkan pandangan, namun tabiat berkenaan memberikan gambaran, masyarakat kita tidak menghormati saranan Nabi S.A.W  bahawa menjadi kewajipan setiap umat Islam menjaga kebersihan kerana kebersihan itu membawa ke syurga.


Sembilan tahun lalu, Taman Rekreasi Lubok Mulong ini agak cantik. Kini, semakin kotor apabila ada tangan-tangan gatal melonggokkan sampah di situ sesuka hati.

Foto ini dirakam di Taman Rekreasi Lubok Mulong, Lorong Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 12.2.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan