REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Rabu, 13 Februari 2013

Kolam Air Panas Tok Bok Perlukan Kos


KOLAM AIR PANAS TOK BOK
- PERLUKAN KOS -

MACHANG, KELANTAN:  KOLAM Air Panas Tok Bok atau dikenali juga Tok Bok Hot Spring yang terletak di Kampung Rengas dekat sini sejak pembinaannya pada tahun 1970 dulu dalam keadaan terbiar dan setelah diambil alih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Machang pada tahun 1980 dari pemilik asalnya, arwah Penggawa Daerah Labok, Haji Mohd. Taib bin Haji Ibrahim juga didapati terbiar.

Menurut seorang anak tempatan yang ditemui HARIAN DETIK, Kamal bin Ismail, 59, atau lebih dikenali sebagai Pak Din Pak Tengah berkata, disebabkan pemandangan kolam berkenaan agak kotor dan terpinggir, beliau mengambil peranan membersihkan kawasan persekitarannya secara sukarela yang turut dibantu 40 golongan belia dari empat buah kampung termasuk Kampung Rengas sendiri. Atas sikap dan keprihatinan beliau dan belia-belia tersebut sejak awal Januari 2013 lalu menyebabkan Kolam Air Panas Tok Bok mula mendapat perhatian umum.

Beliau yang bertekad untuk membina kolam air panas itu sebagai "kolam dalam taman" terpaksa menyiapkan kerjanya sedikit demi sedikit akibat kekurangan kos yang hanya diperolehi dari sumbangan derma dari orang ramai ternyata amat berharap kepada bantuan kira-kira RM25,000 dalam usaha menyiapkan beberapa kemudahan dan prasarana yang terhad di samping landskap yang masih tidak dapat diuruskan dengan sepenuhnya.

"Pak Din ingin menambah beberapa batang pokok pinang, di samping menyiapkan landskap supaya pengunjung yang datang akan tertarik dengan kolam dalam taman ini.

"Kolam Air Panas Tok Bok agak lain dari yang lain kerana ia terletak di tengah-tengah sawah padi, bersebelahan dengan Bukit Sabut dan berhadapan pula dengan Bukit Rengas. Bagi pengunjung yang beriadah di sini pastinya akan tertarik dengan pemandangan di sini terutamanya Bukit Rengas yang menghijau", katanya ketika ditemui di Kolam Air Panas Tok Bok.

Justeru katanya, beliau berharap kepada sumbangan derma orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan daripada agensi-agensi kerajaan. Menurutnya, tanpa kos yang secukupnya pastinya sekali lagi Kolam Air Panas Tok Bok akan terbiar.

Kamal bin Ismail atau Pak Din Pak Tengah.

Telaga asal (kepanasannya mencapai 42 darjah Celcius).

Kolam air panas sebenar (mencecah susu 41 darjah Celcius).

Foto ini dirakam di Kolam Air Panas Tok Bok, Labok, Machang, Kelantan pada 13.2.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan