REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 15 Disember 2016

Harga Barangan Mahal Di 7 Eleven


HARGA BARANGAN MAHAL DI 7 ELEVEN

KOTA BHARU, KELANTAN: Harga pasaran di Kedai Serbaneka 7 Eleven agak mahal berbanding dengan kedai runcit. Contoh jelas apabila sebotol air minuman Heaven and Earth yang boleh dibeli di kedai runcit dengan harga RM2-70, tetapi harga di 7 Eleven ialah RM3-25.

Perbezaan harga RM0-55 sen itu bagi sebotol, tetapi kalau dibeli dengan banyak botol? Pihak 7 Eleven perlu peka dalam hal ini.



 Resit belian.


Air minuman "Heaven & Earth" yang dibeli di kedai runcit hanyalah berharga RM2-70 sahaja.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 11 Disember 2016

Kucing Enam Jari


KUCING ENAM JARI

BESUT, TERENGGANU: Kucing enam jari. Tidak pernah lihat kucing ini walaupun telah acap kali ke La Hot Spring. Tetapi pada 6.12.2016 (pagi), tiba-tiba dua ekor kucing muncul menurut keluarga kami di jeram La Hot Spring dekat sini. Salah satunya kucing enam jari ini.

Terlalu jinak, meminta makanan, hulur dua ketul (seekor seketul). Selepas makan, kucing ini tertidur, mungkin agaknya terlalu lapar sehinggakan sejauh itu, kucing ini mengekori dari belakang secara perlahan.

Kelihatan kaki kucing itu mempunyai enam jari.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 29 Oktober 2016

Pantai Puteri (Melaka)


PANTAI PUTERI
(MELAKA)

MELAKA: Pantai yang cantik dan tenang mata memandang memang menjadi harapan setiap pengunjung untuk berlibur dan bersantai di situ. Selain bebas dari masalah buangan sampah yang akan mencemarkan persekitarannya apatah lagi akan mencemarkan imej pantai terbabit di kalangan pelancong yang pastinya akan menganggap kerajaan di negeri terbabit dianggap tidak berjaya menyelesaikan isu itu dan tidur.

Tetapi berbeza pula dengan beberapa pantai yang dikunjungi Wartawan HARIAN DETIK seperti Pantai Puteri yang letaknya di Tanjung Keling, Melaka Bandar Raya Bersejarah.

Kecantikan pantai itu amat jelas dari pembentukan pasirnya yang kelihatan jelas. Sebabnya, kawasan persekitarannya sentiasa diberikan perhatian apabila beberapa orang tukang sapu yang cuba membersihkan ranting, bunga-bunga kering dan daun gugur.

Sememangnya, pantai sentiasa perlu diberikan perhatian dan sewajarnya perlu dibersihkan dari sebarang kotoran supaya kelihatannya "indah pandangan".

Hal seumpama ini sepatutnya dicontohi pantai-pantai di Negeri Kelantan yang pada masa dulu dianggap tersohor seperti Pantai Cahaya Bulan (Kota Bharu), Pantai Dasar Sabak (Kota Bharu), Pantai Senok (Bachok), Pantai Melawi (Bachok), Pantai Irama (Bachok) dan Pantai Bisikan Bayu (Pasir Puteh) yang kini tidak diberikan penjagaan yang sewajarnya, akibatnya pengunjung dengan mudah membuang sampah dengan sewenang-wenangnya sehingga mencacatkan pandangan dan imej pantai-pantai tersebut.



Pantai perlu sentiasa dibersihkan supaya kelihatan "indah pandangan".

Foto ini dirakam pada 24.10.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Lokasi Anjing Berpeleseran


LOKASI ANJING BERPELESERAN

NEGERI SEMBILAN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Daerah Seremban sepatutnya membuat pemantauan terhadap beberapa ekor anjing yang berkeliaran dan menjolok mata di kawasan restoran dan kedai makan orang-orang Islam di kawasan Taman Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Melihatkan tubuh anjing yang sering menggaru-garu tubuhnya yang gatal saja sudah memualkan, apatah lagi ketika pelanggan di restoran berhampiran sedang makan.

Dibimbangkan, jika tiada tindakan diambil, anjing-anjing itu akan menjadikan kawasan itu sebagai tempat berpeleseran yang bukan saja menjelekkan tetapi pastinya akan menyusahkan pemilik restoran dan kedai makan di kawasan itu.

Anjing-anjing ini bukan sahaja berpeleseran tetapi juga menggaru gatal dan tidur di kaki lima bangunan.

Foto ini dirakam pada 20.10.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 25 September 2016

Majlis Pelancaran Buku Che Hashim Latiff


MAJLIS PELANCARAN BUKU
KARYA CHE HASHIM LATIF
DAN
PESTA BUKU & KARNIVAL JUALAN PANTAI TIMUR 2016

KOTA BHARU, KELANTAN: Majlis Pelancaran Buku Karya Che Hashim Latif berjudul Rahsia Tasik Berangan, Ukiran Kasih Ibu, Aku Bukan Kaki Bangku, Budi Tanpa Sempadan dan Pendekar Sufi yang dianjurkan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur telah berjaya pada 25 September, 2016 di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Antara agenda tersebut adalah ucapan alu-aluan Pengarah DBP Wilayah Timur, Puan Hajah Che Zainab Omar. Manakala ucapan pelancaran buku oleh Bekas Ketua Pengarah DBP, Tokoh Budayawan Kelantan dan Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Dato' A. Aziz Deraman.

Selepas itu, gimik pelancaran buku diikuti "Bicara Karya" oleh Puan Nelawati Ngadul, Editor Buku bersama Encik Che Hashim Latiff.

Bersempena dengan majlis itu juga adalah Pesta Buku dan Karnival Jualan Pantai Timur 2016, anjuran Kor Kadet Polis Konstable Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Penulis juga dapat bertemu rakan-rakan Penulis lain dan penyair yang turut hadir dalam majlis tersebut.


Ucapan alu-aluan oleh Pengarah DBP Wilayah Timur, Hajah Che Zainab Omar.

Ucapan pelancaran buku oleh Dato' A. Aziz Deraman.

Gimik pelancaran buku disempurnakan oleh Dato' A. Aziz Deraman.

Bicara Karya, Puan Nelawati Ngadul (kanan) dan Penulis buku, Che Hashim Latiff (kiri).

Dato' A. Aziz Deraman (baju batik hijau) dan Hajah Che Zainab Omar.





Penulis dan penyair turut hadir.


Gerai pesta buku.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Selasa, 20 September 2016

Sampah Di Pusat Bandar Kota Bharu


SAMPAH DI PUSAT BANDAR KOTA BHARU

KOTA BHARU, KELANTAN: Sampah memang tidak bersalah kerana ke mana dilempar dan dibuang, sampah akan menurut orang yang melakukannya. Manusia yang melonggok dan membuang sampah saja yang bersalah kerana tidak berhemah, tidak menyedari sampah itu sebenarnya boleh mencemari persekitaran apatah lagi kesihatan.

Sampah juga boleh menarik serangga dan haiwan kotor seperti lalat, tikus dan mungkin juga kucing akan turut tertarik jika ada makanan tersisa dilonggok di situ. Kalau kucing yang memakan sisa makanan itu, tentunya tidak memberikan masalah. Bagaimana pula jika dihurung lalat atau dikerjakan si tikus yang begitu lapar akan melahap.

Sampah apabila dihurung lalat, lalat akan makan dan terbang ke merata tempat dan akhirnya hinggap di tempat yang dituju. Kalau ada makanan baharu, di situlah tempat lalat, sedangkan lalat itu pernah hinggap di tempat kotor dan mungkin juga telah hinggap di tempat najis. Jadi, bagaimana pula dengan makanan yang dihinggap lalat di tempat baharu itu?

Manakala si tikus pula adalah haiwan yang membawa racun di setiap tubuhnya sama ada pada giginya, mulutnya, ekor dan bulunya. Tikus juga suka tempat kotor dan tempat bersih jika ada makanan baharu. Apabila tikus telah singgah di tempat kotor, tiba-tiba tikus berkenaan berpesta kerana terdapat makanan baharu.

Paling sedih pula ialah, sampah dengan sewenang-wenangnya dilonggok di kawasan pusat bandar khususnya pusat bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Maju. Apabila dikatakan pusat bandar tentunya menjadi tumpuan umum. Di manakah imej kita sebagai penganut Islam yang gemar membuang dan melonggok sampah seperti itu?

Pemilik sampah itu sepatutnya berhemah dan sampah itu hendaklah dibuang ke dalam tong sampah, kerana individu terbabit boleh melakukannya jika dia bertanggungjawab dan seorang muslim itu wajar menyedari tentang bahayanya sampah dibuang sebegitu rupa. Tidak sepatutnya sentiasa mengharapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memungutnya kerana pada masa itu adalah hari cuti negeri. Justeru, menjadi tanggungjawab individu atau pemilik sampah itu untuk menjaga persekitaran supaya sentiasa bersih dan selamat bukannya membuang atau melonggoknya sesuka hati.


Sampah dilonggok sewenang-wenangnya tanpa memikirkan bahayanya kepada kesihatan dan persekitaran.

Foto ini dirakam di Jalan Maju, Kota Bharu, Kelantan pada 9.9.2016.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Isnin, 19 September 2016

Padah Buang Sampah


PADAH BUANG SAMPAH

BESUT, TERENGGANU: Di mana-mana pun, sama ada di pantai atau di jeram, masalah yang dibawa manusia adalah sampah dan sisa makanan yang dilonggok dan dibuang merata-rata tempat. Sikap tidak bertanggungjawab ini menyebabkan pemandangan menjadi cacat.

Membuang sampah terutama di kawasan takungan air bersih seperti di kawasan lata, jeram dan air terjun sebagaimana di La Hot Spring, Besut, Terengganu ini sebenarnya suatu sikap yang tidak berhemah dan akan mengundang masalah. Ini kerana, sampah dan sisa makanan akan menjadikan daya penarik kepada serangga dan haiwan kotor seperti lalat dan tikus akan menghurung sampah tersebut.

Lalat yang hinggap di atas sampah akan terbang ke lain-lain tempat dan akan hinggap di atas makanan dan minuman bersih. Begitu juga tikus yang terbau sampah dan makanan tentunya akan menyelongkar sisa makanan itu. Sisa makanan dan sampah yang telah diselongkar itu akan diterbangkan angin lalu memasuki air jeram dan akan hanyut.

Kalau hanyut terus melalui air itu, tidaklah akan membahayakan sangat, tetapi jika sampah yang diselongkar itu hanyut dan terdampar di tepi air jeram, sementelah pula tikus apabila setelah makan, haiwan ini akan membuang najis merata-rata terutama di kawasan air jeram itu.

Najis dan kencing tikus tidak akan mudah musnah jika terdampar di bahagian tepi air jeram. Jadi, jika manusia yang ingin mandi dengan melalui kawasan itu, secara langsung atau tidak akan terkena air najis dan kencing tikus.

Lantas kita salahkan tikus kononnya pembawa penyakit "kencing tikus" yang boleh membawa maut, tetapi hakikatnya adalah masalah diri sendiri yang "bodoh" dan tidak berhemah. Jangan ingat sampah itu tidak membahayakan kesihatan, sebaliknya boleh mengotor dan mencemari alam sekitar yang akhirnya membawa padah kepada manusia sendiri.

Salahkanlah diri sendiri kerana punca segalanya adalah dari sikap, minda dan perbuatan manusia sendiri yang mengotorkan persekitaran yang akhirnya manusia lain yang tidak berdosa yang menerima natijahnya.

Laluan ke La Hot Spring.


Sampah dilonggok di kawasan jeram boleh mengundang padah jika tikus yang mengambil peranan, tikus akan buang najis dan kencing dalam air jeram.

Foto ini dirakam di kawasan jeram La Hot Spring, Besut, Terengganu pada 7.9.2016.

Tulisan dan Foto: 
 AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 9 Julai 2016

Perhimpunan Keturunan Tok Deraman (7.7.2016)


PERHIMPUNAN KETURUNAN
TOK DERAMAN (7.7.2016)

KOTA BHARU, KELANTAN: Seramai kira-kira 689 peserta telah hadir dalam Program Perhimpunan Anak-beranak Tok Deraman yang diadakan di Sek. Men. Keb. Kg. Langgar, Salor, Kota Bharu pada 7 Julai, 2016 yang lalu bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri Ke-2 tahun 2016.

Perhimpunan pertama pernah diadakan ketika Hari Raya Aidilfitri Ketiga pada 21 Ogos, 2012 dulu, tetapi memandangkan perlunya diadakan secara lebih kerap perhimpunan seperti ini berikutan pertambahan keluarga setiap tahun yang mendorong pertemuan kali kedua pada 7.7.2016 diadakan di tempat yang sama.

Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Majlis perhimpunan berkenaan, Zakaria Yusoff atau Cikgu Ya berkata, tujuan diadakan perhimpunan seperti ini dapatlah merapatkan hubungan silaturrahim di antara semua keluarga. Selain untuk dapat mengenali antara satu sama lain kerana generasi yang baru lahir mungkin tidak mengenali keluarga atau kerabat sendiri.

Beliau juga berharap jika ada masalah yang timbul yang melibatkan keluarga, kerabat dan keturunan Tok Deraman bolehlah diselesaikan secara keluarga.

Kebanyakan golongan veteran masih lagi menetap di kampung terbabit, namun tidak kurang juga yang merantau dan keluar dari kampung tersebut semata-mata atas dasar kerja.

Kata Cikgu Ya menambah, perhimpunan seterusnya nanti mungkin akan diadakan dalam tempoh lima (5) tahun dari sekarang.

Kain rentang yang dipasang di pintu masuk SMK Kg. Langgar, Salor, Kota Bharu.

Pendaftaran ahli keluarga Tok Deraman.

Kain rentang dipasang dalam dewan majlis.

Carta anak-beranak Tok Deraman (secara slide).

Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Majlis, Zakaria Yusoff atau Cikgu Ya sedang memberikan ucapan aluan dan mengetengahkan sejarah, asal usul dan silsilah keluarga Tok Deraman.

 Wartawan HARIAN DETIK turut diperkenalkan oleh Cikgu Ya sebagai keturunan Tok Deraman.








Bergambar beramai-ramai sebelum majlis bersurai.



Bersalam-salaman sambil mengucapkan selamat hari raya aidilfitri sebelum majlis berakhir.

  Tonton Video:
1. Siar.TV: Siri 04

2. You Tube -

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH