REAKTIF: Majalah Maya . Media Pencetus Dimensi Baharu . Memaparkan Berita Terkini . Komentar . Cetusan . Islamisasi . Politik . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmireaktif.blogspot.my . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 22 Mac 2014

Nasib Air Terjun Jeram Pasu


NASIB AIR TERJUN JERAM PASU

PASIR PUTEH, KELANTAN: MUNGKIN umum tidak mengetahui berita tentang Air Terjun Jeram Pasu yang terletak di Kampung Padang Pak Amat dekat sini dilarang daripada memasuki jeram terbabit akhir tahun lalu (2013) disebabkan jeram berkenaan diserang wabak "kencing tikus". Air Terjun Jeram Pasu yang sedikit masa dulu begitu terbiar dan tidak dikenali, namun selepas itu jeram berkenaan menerima pengunjung yang paling ramai berbanding lain-lain air terjun di negeri ini.

Akibat serangan kencing tikus di beberapa kawasan Air Terjun Jeram Pasu ini, menyebabkan beberapa buah restoran dan gerai makanan terpaksa menutup operasi perniagaan mereka kerana pengunjung "dilarang" memasuki kawasan tersebut.

Air Terjun Jeram Pasu menerima tamparan hebat bukan sahaja diserang wabak kencing tikus, namun beberapa masalah yang berlaku di jeram terbabit apabila airnya yang semakin cetek malah kini semakin ketiadaan air atau air semakin kering. Kelihatan beberapa bongkah batu yang dulunya dialiri air jeram sehingga ke bahagian bawah, kini air yang mengalir di kawasan tersebut semakin kering kontang.
 
Di samping itu, sesuatu yang agak tidak menarik lagi di kawasan Air Terjun Jeram Pasu apabila didapati daun-daun yang gugur di kawasan air yang cetek, daun-daun berkenaan kelihatannya seperti sampah. Ketika air jeram berkenaan masih mengalir laju pada dekad yang lalu, tidak timbul daun yang terperangkap di kawasan bongkah batu dan sebagainya. Malahan sesuatu yang perlu diberikan perhatian terdapat di beberapa kawasan di tingkat satu jeram ini didapati airnya yang bertakung di celah-celah batu, airnya kelihatan hitam dan kotor. Dibimbangi, air yang bertakung dan tidak mengalir ini akan menjadi penyebab nyamuk aedes membuat sarang dan membiak.

Dalam hubungan ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) serta Jabatan Kesihatan Daerah Pasir Puteh diminta membuat pemantauan bukan sahaja membuat pemeriksaan di bahagian bawah jeram ini tetapi perlu juga melihatnya di kawasan atas Air Terjun Jeram Pasu secara lebih menyeluruh.



Suasana terkini Jeram Pasu: Daun yang gugur seperti terbiar dan tidak diberikan perhatian.

Papan tanda "Amaran Risiko Kesihatan".


Kemudahan restoran dan gerai makanan terpaksa ditutup akibat kencing tikus kerana ketiadaan pengunjung.





Air semakin berkurangan, kering dan cetek.




Sampah dari daun-daun gugur terperangkap di kawasan rendah akibat air yang bergerak perlahan.


Air bertakung, kelihatannya hitam dan kotor.

Foto ini dirakam di Air Terjun Jeram Pasu, Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan pada 22.3.2014.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 14 Mac 2014

Papan tanda Cacat


PAPAN TANDA CACAT

TUMPAT, KELANTAN: MUNGKIN orang ramai yang lalu lalang di laluan Palekbang ini tidak perasan terdapat sebuah papan tanda jalan "Pantai Sri Tujoh" ini yang didapati patah. Disebabkan papan tandanya patah menyebabkan arahan ke tempat terbabit didapati cacat. Hal ini berlaku mungkin disebabkan papan tanda terbabit terlalu berhampiran dengan jalan raya menyebabkan lori muatan barangan atau pasir tersandung ke arah papan tanda terbabit apabila berselisih dengan kenderaan berat yang lain.

Dalam hubungan ini, adalah wajar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah Tumpat (MDT) memberikan perhatian dengan menggantikannya dengan papan tanda yang baru supaya kelihatan menarik.
 
Foto ini dirakam di laluan Palekbang, Tumpat, Kelantan pada 8.3.2014.
 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH